top of page

Fourth Nattawat & Mabelz PiXXiE Panaskan Pentas Pop Thai Dengan “Side To Side”

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 4 days ago
  • 1 min read
ree

Bintang muda Thailand yang makin mencanak naik, Fourth Nattawat Jirochtikul, akhirnya mengeluarkan single terbarunya yang telah lama dinantikan, berjudul “Side To Side” pada 23 September lalu.


Menariknya, Fourth kali ini tidak keseorangan. Dia bergabung tenaga dengan Mabelz Suchada, ahli kumpulan gadis popular PiXXiE, sekali gus melahirkan sebuah kolaborasi yang cukup “fiery” dan jadi bualan hangat peminat sejak semalam.


ree

Lagu ini bukan sekadar catchy dengan rentak pop segar, tapi chemistry antara Fourth dan Mabelz memang buat ramai tak senang duduk. Vokal mereka harmoni dengan natural, menghasilkan vibe playful dan energetik.


Sebelum pelancaran rasmi, peminat terlebih dahulu dihidangkan dengan teaser poster serta potongan klip pendek yang berjaya menaikkan hype. Saat musik video penuh dilancarkan, visual dinamik serta mood ‘nakal’ dalam MV itu terus jadi topik trending.


Media sosial pun terus dibanjiri dengan komen peminat. Ramai memuji karisma Fourth yang semakin matang dalam pembawaan lagu, manakala Mabelz pula tampil dengan vokal lantang yang menambah ‘kick’ pada keseluruhan track. Ada juga yang kata “Side To Side” berjaya menggambarkan perasaan bila kita makin tertarik dengan seseorang secara playful.


Korang pulak, rasa “Side To Side’ bakal jadi salah satu kolaborasi pop Thai paling standout tahun 2025 ini? 


Comments


bottom of page