top of page

Fourth Nattawat: 'It Boy' Baru Thailand

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 4 hours ago
  • 2 min read
ree

Kalau korang belum kenal dengan nama Fourth Nattawat, korang memang tertinggal sikit dalam dunia hiburan Thailand sekarang. Dalam lautan pelakon muda GMMTV yang makin ramai, Fourth ni lain macam. Baru umur 21 tahun, tapi karisma dia dah level senior. Bukan sekadar pelakon, dia juga merupakan sorang penyanyi, performer, dan digelar sebagai simbol “new generation heartthrob” untuk Gen Z Thai entertainment.


Fourth mula jadi sebutan lepas muncul dalam “F4 Thailand: Boys Over Flowers” (2021), dan kemudian dalam siri "My School President" (2022) yang merupakan siri GMMTV yang bukan sahaja merupakan siri hitnya, tapi terus meletakkan nama dia dan partner on-screen, Gemini Norawit, dalam senarai golden duo GMMTV. Chemistry diorang? Tak perlu disoal. Sampai sekarang fandom GeminiFourth masih trending setiap kali dua-dua ini muncul dalam satu frame. Tapi yang membuatkan Fourth standout bukan sekadar ship semata, tetapi perangai dan personaliti dia yang dipuji ramai.


ree

Anak kelahiran Bangkok ni mulakan kerjayanya semasa remaja, dan dari awal sudah nampak dia bukan jenis ikut arus. Dia ada vibe confident yang tak dibuat-buat, campur dengan perangai spontan yang buat orang senang suka. Dalam interview pun dia sejenis orang yang “cakap lepas tapi real”, tak fake, tak terlalu dikawal. Sebab itulah fans dan non-fans rasa dia authentic dan lain dari artis yang lain.


Selepas My School President, Fourth terus naik dengan “Our Skyy 2” (2023) dan “Moonlight Chicken” (2023), dan setiap kali dia muncul, orang tak boleh lupakan energy dia. Di luar lakonan, dia pun ada kerjaya sebagai penyanyi duo dengan Gemini. Dua-dua ada suara unik, tetapi bila gabung, terus jadi signature sound T-Pop era baru; lembut, catchy, dan berjiwa.


ree

Fourth sekarang antara nama paling besar dalam gelombang T-Pop 2.0. Movement yang tengah buktikan muzik dan hiburan Thailand boleh pergi global, sama level dengan K-Pop. Dia bukan sekadar pelakon yang berwajah tampan, tetapi dia juga represent generasi baru artis Thailand yang tahu apa dia nak, berani ekspres diri, dan tak takut keluar dari comfort zone.



Fandom dia luar biasa. Dari Thailand sampai Malaysia, Indonesia, Filipina, semua dah cop Fourth ni sebagai ‘bias’. Tak susah nak faham kenapa sebab dia muda, talented, charming, dan ada aura confident yang tak dibuat-buat. Senang cerita, Fourth ni bukan sekadar selebriti, dia blueprint untuk next-gen superstar Thailand.


Kalau sekarang korang baru nak kenal Fourth Nattawat, welcome! You’re about to enter the Fourth Nattawat multiverse, dan percayalah… once you’re in, susah nak keluar 💅


Comments


bottom of page