Festival Tentang Cinta Gegar Sabah Ogos Ini!
- Nurul Safiah
- 6 hours ago
- 1 min read

Para pencinta muzik dan lagu-lagu bertemakan cinta kini boleh mula menandakan kalendar Ogos ini!
Festival Tentang Cinta, sebuah acara muzik berskala besar yang menghimpunkan barisan artis hebat, bakal berlangsung pada 9 Ogos 2025.
Konsert yang diserikan oleh artis-artis dari dalam dan luar negara ini akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Mengangkat tema cinta dan emosi dalam muzik, festival ini menjanjikan malam penuh magis bersama suara-suara luar biasa seperti Ziva Magnolya, Andmesh Kamaleng, Hael Husaini, Adira Suhaimi, Ara Johari dan Mary Grace.
Dengan susunan lagu-lagu yang menyentuh jiwa dan persembahan penuh emosi, Festival Tentang Cinta dijangka menarik peminat muzik dari seluruh pelusuk negara.

Harga tiket bermula serendah RM158 hingga RM988, dengan pelbagai kategori tempat duduk yang menawarkan pengalaman tersendiri.
Tiket kini boleh didapati melalui laman web rasmi www.ticket2u.com.my.
Jangan lepaskan peluang mencipta kenangan manis bersama artis kesayangan anda dalam malam yang sarat dengan melodi, cinta dan kenangan!

Kommentare