top of page

Feby Putri Pukau Hampir 2,000 Penonton Di Konsert Vol.3 Kuala Lumpur

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jul 22
  • 1 min read
ree

Penyanyi dan penulis lagu sensasi dari Indonesia, Feby Putri, berjaya memukau hampir 2,000 peminat dalam Konsert Feby Putri Vol. 3 yang berlangsung pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

 

Membawakan suasana yang intim dan penuh emosi, Feby tampil dengan 17 buah lagu yang membuai hati para penonton sepanjang malam.

 

Konsert ini dianjurkan di Zepp Kuala Lumpur dengan persembahan yang penuh emosi dan puitis.

 

Antara lagu yang dipersembahkan termasuk karya hit seperti “Rantau,” “Halu,” dan “Runtuh,” yang disambut dengan nyanyian dan sorakan peminat.

 

Acara dianjurkan dengan penuh kemas dan berjaya menyatukan peminat dari pelbagai latar usia yang hadir bukan sahaja dari Kuala Lumpur, malah dari luar Lembah Klang.

 

Momen-momen indah sepanjang malam turut dirakam secara eksklusif oleh Miebird Projects.


ree

Comments


bottom of page