EMPAT Live 2025: Saksikan Kehebatan Vokal Anuar, Ziana, Ernie & Syamel!
- Ain Najihah
- 2 days ago
- 1 min read

Peminat muzik tanah air bakal disajikan dengan sebuah konsert hebat tahun ini apabila EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025 diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur. Konsert yang bakal berlangsung pada 18 Oktober 2025, jam 8.30 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur akan menjanjikan malam penuh magis dan nostalgia bersama barisan artis terkemuka negara.
Konsert ini menampilkan gabungan hebat Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri, dan Syamel. Empat nama besar dengan vokal memukau dan aura pentas yang tersendiri. Peminat pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan gandingan mantap ini berkongsi satu pentas dalam persembahan yang dijangka menjadi antara paling epik tahun ini.
Tiket akan mula dijual kepada orang ramai pada 25 April 2025, jam 10 pagi menerusi laman web rasmi di ticket2u.com.my
Kategori Harga Tiket:
Royal Twin Seat – RM2,088
VIP – RM1,088
Diamond – RM888
Platinum – RM688
Gold – RM488
Silver – RM388
Bronze – RM288
Bagi pembeli tiket kategori OKU, tempahan khas boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline: +6011-1190 0518.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kemunculan empat ikon hebat ini berkongsi satu pentas dalam malam penuh keajaiban dan emosi. Set jam anda dan dapatkan tiket anda seawal mungkin!
Commentaires