top of page

Empat Finalis CSOIAM Bakal Gegarkan Pentas Konsert Rossa!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Empat finalis terbaik program realiti Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) iaitu MaryGrace, Kai Deva, Jimi dan Zazzleen bakal mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai artis jemputan istimewa dalam konsert mega “Rossa Here I Am Concert” yang akan berlangsung pada 14 Jun 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Kehadiran mereka di pentas berskala besar ini bukan sekadar satu peluang keemasan, malah merupakan pengiktirafan istimewa terhadap bakat, karisma dan kerja keras yang telah mereka tunjukkan sepanjang lapan minggu pertandingan. 


Empat finalis ini berjaya terpilih daripada ribuan peserta yang hadir untuk ujibakat. Mereka berjaya menonjolkan keunikan masing-masing melalui program ini. 


Kini, dengan berada di bawah naungan Alternate Records, mereka bersedia melangkah lebih jauh dalam dunia muzik.


Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga ke pentas serantau. Penampilan mereka dalam konsert Rossa menjadi bukti bahawa mereka kini berada sebaris dengan nama-nama besar industri muzik.


Konsert yang dinanti-nantikan ini bukan sahaja akan menampilkan Rossa, diva tersohor dari Indonesia, malah turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis popular seperti Ernie Zakri, Ariel, Dipha Barus dan MK K-Clique. 


Gabungan penyanyi legenda dan bintang baharu ini menjanjikan sebuah malam yang penuh emosi, warna-warni dan kehebatan muzik secara langsung.


Konsert ini bukan sahaja meraikan legasi Rossa sebagai ikon muzik serantau, tetapi turut memberi ruang kepada bakat-bakat baharu seperti finalis CSOIAM untuk menyerlah di hadapan ribuan peminat.


Bagi mereka yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan malam penuh magis ini, tiket boleh didapati melalui platform rasmi Ticket2U.


Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai Alternate Records & Talents, ikuti mereka di media sosial:


  • Instagram: @alternate.my_

  • TikTok: @alternate.rt_

  • Facebook: Alternate Records & Talents

Comments


bottom of page