El Putra Sarira & Leya Princy Hidupkan Semula Magis 'Rangga & Cinta'
- Atiqah Halim

- 4 days ago
- 2 min read

Filem Rangga & Cinta kini tengah jadi bualan bukan saja sebab jalan ceritanya yang throwback pada kisah cinta klasik, tapi juga kerana dua wajah baharu yang berjaya mencuri perhatian ramai; El Putra Sarira dan Leya Princy.
Kalau dulu kita kenal Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo sebagai pasangan ikonik, kali ni baton cinta tu seolah-olah diserahkan kepada El dan Leya yang membawa versi baharu dua watak legenda ni dengan jiwa muda dan sentuhan segar.

El Putra Sarira, si “Rangga” dari Papua Barat
Dilahirkan pada 30 Disember 2003, El membesar jauh dari spotlight dunia hiburan. Bayangkan, untuk ke sekolah asrama pun dia kena naik bot enam jam tapi dari situ jugalah lahir ketabahan yang akhirnya bawa dia ke dunia seni.
Selepas sambung belajar di Universiti Dipa Makassar, cinta El terhadap lakonan makin kuat. Dan tuah menyebelahinya bila dia dipilih sendiri oleh Nicholas Saputra untuk jadi the new Rangga. Simbolik seperti legasi diserahkan terus dari tangan asalnya.

Leya Princy, darah seni yang mengalir dalam diri “Cinta”
Lahir pada 18 November 2006 di Jakarta, Leya bukan nama asing dalam dunia hiburan. Anak kepada pelakon Perry Maryadi dan Risma Nilawati ni memang dah dikelilingi seni sejak kecil. Dari Pernikahan Dini ke Rangga & Cinta, kariernya naik cepat dan kali ni dia bukan sekadar pelakon, tapi juga penyanyi di bawah label Trinity Optima Productions.
Walaupun muda, karisma Leya di layar besar buat ramai terpesona. Cara dia membawa watak Cinta terasa natural, seolah memang dilahirkan untuk jadi versi baharu gadis itu.
Chemistry yang bukan dibuat-buat
Netizen pun dah ‘kena racun’ dengan keserasian El dan Leya. Ada yang komen, “Mereka ni sepadan sangat!”, dan tak kurang juga yang ship mereka habis-habisan. Tapi di sebalik itu, El dan Leya sendiri mengaku keserasian tu lahir daripada proses mengenali jiwa watak masing-masing.
“Untuk wujudkan chemistry itu, kami banyak berbincang. Kadang-kadang kami keluar ke tempat yang watak kami suka, macam kedai buku, supaya dapat rasa dunia mereka,” kata El.
Leya pula menambah, “Kami cuba faham apa yang ada dalam fikiran Rangga dan Cinta. Dari situ, kami belajar untuk saling mendalami dan melengkapi.”
Daripada dua latar belakang yang berbeza, dua jiwa muda ini bertemu di satu titik yang sama; cinta dan kejujuran dalam berkarya. Mereka bukan sekadar menghidupkan semula cerita lama, tapi mentafsirkannya dengan cara yang lebih relevan untuk generasi sekarang.
Rangga & Cinta bukan sekadar nostalgia, tapi peringatan bahawa setiap generasi ada versi cinta mereka sendiri. Jadi kalau belum tengok, inilah masanya.
Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya. Kerana setiap zaman, ada Rangga dan Cinta yang baru.
Untuk update dan konten eksklusif, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.









Comments