Zazzleen Zulkafli Hidupkan Nostalgia Lagu Melayu Menerusi Timeless 2.0
- kaypohmedia
- 1 day ago
- 1 min read
Kalau rindu lagu Melayu lama yang pernah jadi siulan satu Malaysia, ini berita yang confirm buat hati terusik. Zazzleen Zulkafli bakal kembali ke pentas dengan Timeless 2.0, sebuah showcase intim yang mengangkat semula keindahan irama Melayu klasik versi lebih dekat, lebih personal, dan lebih nostalgia.
Bertemakan “Let’s Bring Back the Malay Oldies Vibe”, Timeless 2.0 akan berlangsung pada 1 Februari 2026, jam 9 malam di Liberallatte, Bukit Damansara. Sesuai sangat untuk yang nak ‘healing’ sambil layan muzik.

Untuk yang belum tahu, Timeless 2.0 ialah showcase kedua Zazzleen selepas persembahan sulungnya menerima sambutan hangat dan ya, permintaan ulang tayang yang agak luar biasa.
Bezanya kali ini? Zazzleen memilih untuk fokus sepenuhnya pada lagu-lagu Melayu lama yang pernah popular suatu ketika dulu. Lagu yang mungkin kita dengar masa kecil, lagu yang main kat radio waktu perjalanan balik kampung, atau lagu yang buat kita automatik menyanyi walaupun tak sedar.
Lebih menarik, persembahan ini bukan sekadar nyanyian di atas pentas. Penonton juga digalakkan untuk turut menyanyi dan ‘feel’ bersama. Konsepnya ringkas, tapi penuh jiwa.

Dalam dunia muzik yang makin laju dan trend yang cepat berubah, lagu-lagu lama ini sebenarnya masih ada tempat di hati pendengar Malaysia. Timeless 2.0 mengingatkan kita bahawa muzik yang jujur tak pernah lapuk ditelan masa.
Kalau anda jenis yang suka muzik dengan cerita, emosi, dan kenangan showcase ini memang kena dengan jiwa.









Comments