DOLLA Bakal Muncul Di Pentas K-Wave Super Concert 2025 Sebaris Bersama NMIXX!
- Nurul Safiah
- 10 hours ago
- 1 min read

Kumpulan pop sensasi tempatan, DOLLA diumumkan secara rasmi sebagai Featured Act dalam konsert mega K-Wave Super Concert Live in Kuala Lumpur, yang dijadual berlangsung pada 31 Ogos 2025 di IDEA Live Arena.
Lebih menarik, DOLLA akan berkongsi pentas dengan kumpulan K-pop popular, NMIXX, menjanjikan malam penuh karisma, vokal bertenaga dan aura gadis hebat yang bakal memukau peminat dari pelbagai latar budaya.
Kehadiran DOLLA yang dikenali menerusi lagu-lagu hit seperti Dolla Make You Wanna dan Bo$$ Up dapat meraikan pencapaian seni tempatan di pentas antarabangsa.

Dengan kemunculan DOLLA sebagai wakil tunggal dari Malaysia, konsert ini dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap bakat dan daya saing artis tempatan dalam industri hiburan serantau.
Peminat boleh menjangkakan gabungan persembahan penuh aksi, gaya dan semangat girl power yang tidak akan dilupakan.
Tiket akan mula dijual pada 16 Julai 2025, jam 12 tengah hari menerusi dua platform rasmi iaitu lolasia.bigtix.io dan fantopia.io.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan DOLLA buat sejarah, beraksi sebaris dengan bintang K-pop antarabangsa di pentas mega!

Comentários