Destiny of Music 2.0 Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Ogos Ini!
- Nurul Safiah
- 9 hours ago
- 1 min read

Peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan sebuah malam penuh energi dan nostalgia apabila Destiny of Music 2.0 kembali menghiasi pentas pada Sabtu, 23 Ogos 2025, bertempat di lokasi berprestij Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang.
Acara yang dinanti-nantikan ini menampilkan gabungan tiga nama besar dalam industri muzik Malaysia iaitu Akim & The Majistret, Empty Page, dan Bunkface.
Masing-masing dikenali dengan keunikan muzik dan keupayaan memukau pentas secara langsung.

Destiny of Music 2.0 dijangka menjadi pentas ledakan rock alternatif dan pop kontemporari, menggabungkan gaya eksperimental Empty Page, aura arus perdana Akim & The Majistret, serta semangat punk rock yang sinonim dengan Bunkface sejak awal kemunculan mereka dalam industri.
Tiket kini boleh didapati secara rasmi menerusi laman web Ticket2u.com. Dapatkan tiket anda sekarang.
Dengan kombinasi lineup yang mantap serta lokasi premium di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, Destiny of Music 2.0 dijangka menjadi antara konsert tempatan paling hangat musim ini.

Comments