top of page

Dayang Cetus Sejarah ‘Janji With Dayang’ Persembahan Eksklusif Di Menara Ikonik

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Dayang Nurfaizah bakal mencipta sejarah apabila menjadi artis perfama yang membuat persembahan di menara tertinggi di Pulau Pinang.


Penyanyi bersuara emas bakal melakukan persembahan eksklusif di Top View, The Top, KOMTAR pada 23 Ogos 2025, diikuti Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur pada 27 September 2025.


Konsert eksklusif bertajuk “Janji with Dayang” ini merupakan satu penghargaan khas buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya, khususnya menerusi album terbaharunya, Janji.

“Fokus kali ini adalah kepada album Janji. Tiada penampilan khas atau duet,” ujar Dayang dalam sidang media semalam.

Tambahnya lagi, semua komposer yang terlibat dalam penerbitan album Janji telah dijemput untuk hadir menyaksikan persembahan ini sebagai tanda penghargaan.


Dayang turut menyifatkan mereka sebagai individu penting yang membentuk album berkenaan, malah kejadian mereka bakal menambah makna kepada persembahan tersebut.

Menariknya, kedua-dua lokasi persembahan ini dipilih kerana memberikan suasana intim dan eksklusif yang membolehkan peminat merasai pengalaman muzik yang lebih peribadi dan dekat dengan Dayang.


Beliau turut meluahkan rasa syukur apabila tiket konsert Janji with Dayang habis dijual dalam masa singkat membuktikan betapa kuatnya sokongan peminat terhadap perjalanan seni beliau.


Dengan persiapan rapi dan barisan lagu yang menyentuh hati, konsert ini dijangka menjadi antara persembahan paling ikonik dalam karier Dayang Nurfaizah.


Comentarios


bottom of page