top of page

DATO’ M.NASIR CIPTA 3 Kembali Gegar Axiata Arena, Sarung Konsep “Malam Ini Gua Rock”

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Dato’ M. Nasir kini kembali menggegarkan pentas Axiata Arena Kuala Lumpur menerusi DATO’ M.NASIR CIPTA 3, yang bakal berlangsung pada 27 September 2025, jam 8 malam.

 

Konsert kali ini hadir dengan konsep istimewa bertemakan “Malam Ini Gua Rock”, menampilkan sisi rock sang sifu yang selama ini terkenal sebagai arkitek penting dalam sejarah muzik rock tanah air.

 

Persembahan ini bakal menghimpunkan rangkaian lagu-lagu ikonik ciptaan dan nyanyian beliau yang pernah dipopularkan oleh kugiran hebat seperti Wings dan Search.

 

Dengan Etiqa sebagai rakan strategik utama, konsert ini melengkapkan trilogi konsert CIPTA selepas CIPTA 1 dan CIPTA 2 yang masing-masing mencatat kehadiran ribuan peminat.


 

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, berkata DATO’ M.NASIR CIPTA 3 bukan sekadar pengulangan, sebaliknya satu pengalaman eksklusif yang akan mendedahkan sisi rock M.Nasir dalam bentuk persembahan seni yang belum pernah dipertontonkan.

 

Menariknya, penonton juga digalakkan hadir dengan tema pakaian “Rock Cara Lu…Janji Rock”, sebagai ekspresi bebas terhadap semangat rock yang dibawa dalam persembahan ini.

 

Tiket konsert akan mula dijual kepada umum pada 4 Julai 2025 jam 11 pagi, manakala pra-jualan eksklusif bermula 3 Julai 2025 jam 2 petang.

 

Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my/mnasircipta3 dan untuk pembelian khas, hubungi talian 012-6530 700.

 

Jika anda benar-benar peminat M.Nasir dan muzik rock tanah air, ini adalah malam yang wajib disaksikan secara langsung bukan hanya dari skrin telefon atau media sosial.


Comments


bottom of page