Daesung BIGBANG Bakal Gegarkan Malaysia Jun Ini Dengan Konsert “D’s WAVE”
- Nurul Safiah
- 5 days ago
- 1 min read

Selepas Taeyang memukau peminat dengan persembahan hebat di Kuala Lumpur pada Disember lalu, kini tiba giliran seorang lagi ahli kumpulan legenda K-pop, BIGBANG, untuk menemui peminat di Malaysia!
Daesung secara rasmi mengumumkan bahawa Malaysia telah dimasukkan sebagai salah satu destinasi dalam jelajah konsert solonya, “D’s WAVE Asia Tour 2025”.
Pengumuman itu dibuat malam tadi, sekali gus mengujakan para peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya.
Malaysia sebenarnya tak termasuk dalam senarai asal jelajah, tapi surprise! Daesung pilih nak bawa wave-nya ke sini juga!

Konsert ini diadakan bagi mempromosikan album terbarunya bertajuk D’s WAVE yang dilancarkan awal April lalu. Jelajah Asia ini akan bermula dengan konsert selama dua hari di Korea Selatan sebelum diteruskan ke negara-negara lain termasuk Malaysia.
Daesung 2025 Asia Tour: D’s WAVE akan diadakan pada Sabtu, 7 Jun 2025 di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Setakat ini, maklumat mengenai harga tiket dan pelan tempat duduk masih belum diumumkan. Para peminat dinasihatkan untuk mengikuti media sosial rasmi Resorts World Genting atau melayari laman web mereka bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Sementara menanti hari konsert, peminat boleh menikmati single terbaru Daesung berjudul “Universe” daripada album D’s WAVE!
Comments