top of page

D’Masiv Bakal Gegarkan Singapura dengan Konsert D'Masiv: II Dekad

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 29
  • 1 min read

Singapura bakal menjadi saksi malam penuh emosi dan nostalgia apabila band terkenal Indonesia, D’Masiv, kembali menghangatkan pentas dengan konsert khas D’Masiv: II Dekad! 

 

Konsert hangat ini bakal berlangsung pada Sabtu, 12 Julai 2025 di Capitol Theatre, Singapura.

 

Dibawakan oleh sahentertainment dan diperkasakan oleh taqwa.organisation, konsert kali ini menjanjikan pengalaman lebih intim dan eksklusif buat para peminat, atau lebih dikenali sebagai M’asivers.

 

Pertemuan kali ini diadakan di ruang yang lebih kecil bagi membolehkan interaksi lebih dekat antara D’Masiv dan peminat.

 


Lebih menarik, hanya jumlah tiket yang sangat terhad telah dikeluarkan dan bila mereka kata limited, memang betul-betul limited!

 

Jangan lepaskan peluang untuk galau bersama dengan lagu-lagu ikonik seperti Cinta Ini Membunuhku, Merindukanmu, Pergilah Kasih dan Diam Tanpa Kata.

 

Tiket boleh didapati sekarang di SISTIC melalui pautan bit.ly/dmasivduadekad 

 

Jadilah sebahagian daripada malam yang bakal dikenang!

 


Comments


bottom of page