CNBLUE Comeback Ke Malaysia Dengan Konsert 3logy
- Atiqah Halim

- 23 hours ago
- 2 min read

BOICE mesti tengah hype gila sekarang sebab CNBLUE akhirnya confirm comeback ke Malaysia untuk siri jelajah dunia terbaru mereka yang diberi nama 3LOGY. Tarikh pun dah lock iaitu 11 April 2026. Walaupun banyak info masih dirahsiakan, fans dekat Malaysia memang dah mula standby mode sebab benda ni bukan main main.
Setakat ni yang confirm datang dari FNC Entertainment termasuk pengumuman rasmi dekat Weverse CNBLUE. Paling penting Malaysia memang dah dalam senarai dan KL jadi lokasi rasmi tour. Tapi buat masa sekarang, venue masih misteri. Sama ada stadium atau hall besar, belum diumumkan. Ramai fans pun tengah teka teka sebab kalau ramai BOICE Malaysia turun memang perlukan tempat yang ngam untuk crowd besar.
Ramai yang kata tiket akan dijual melalui Ticketmelon. Siap ada info caj servis sekitar RM55 untuk setiap tiket. Harga tiket penuh masih disorok. Mana tahu FNC nak buat kejutan last minute atau penganjur tempatan tengah finalize layout tempat duduk. Biasa lah game konsert Kpop, kadang pengumuman main tarik tali untuk bagi hype naik.
Satu lagi benda yang buat fans makin tak sabar ialah ini kali pertama CNBLUE turun KL selepas sekian lama. Band ni bukan calang-calang sebab mereka punya live performance memang solid dan tak pernah gagal untuk deliver. Dari era I’m a Loner sampai lagu terbaru, semuanya evergreen untuk peminat yang membesar dengan suara Yonghwa, Jungshin dan Minhyuk.
Buat masa ni tips paling penting untuk fans Malaysia ialah standby dekat Weverse untuk notis tiket rasmi, dan buat akaun siap-siap di Ticketmelon. Selalu bila Kpop band turun KL, perang tiket memang tak ada belas kasihan. Siapa lambat, menangis tepi tingkap.
Walaupun info belum lengkap, satu benda yang confirm ialah 3LOGY di KL nanti akan jadi antara konsert paling dinanti 2026. BOICE Malaysia dah lama tak dapat moment macam ni, jadi memang patut pun hype naik sampai langit.










Comments