Cinema Pairing Japan x Malaysia: Bila Filem Jadi Jambatan Budaya
- Tasnim Ahmad
- 5 minutes ago
- 2 min read
Kalau korang jenis suka tengok filem yang ada “rasa”, program Cinema Pairing Japan x Malaysia ni memang patut masuk dalam radar. Bukan sekadar tayangan biasa, tapi pengalaman sinema yang gabungkan dua budaya dalam satu skrin dan bestnya, satu tiket boleh tengok dua filem sekali.
Program khas ni berlangsung dari 15 hingga 17 Mei 2026 di GSC Mid Valley Megamall, hasil kolaborasi antara Japan Foundation dan GSC International Screens. Konsep dia simple tapi menarik: padankan filem Jepun dengan filem Malaysia, dan tengok macam mana dua dunia ni “bercakap” antara satu sama lain melalui cerita.
Apa yang buat program ni lain sikit? Ia bukan sekadar padanan genre atau style. Tapi lebih kepada bagaimana pembikin filem Malaysia ambil inspirasi daripada sinema Jepun, dan olah jadi sesuatu yang masih kekal identiti tempatan.
Opening dia pun bukan calang-calang. Filem “Small, Slow but Steady” buka tirai dengan vibe yang tenang dan reflektif. Jenis cerita yang buat kita perhati benda kecil dalam hidup yang selalu terlepas pandang.
Lepas tu, masuk pula dua pairing utama yang jadi highlight program ni.
Pairing pertama gabungkan karya legenda Jepun, “Tokyo Story”, dengan filem tempatan “The Story of Southern Islet”. Kedua-dua cerita ni sentuh tentang hubungan keluarga, konflik emosi, dan jurang generasi. Lagi menarik, pengarah Chong Keat Aun sendiri akan hadir untuk sesi perkongsian boleh dengar terus macam mana karya klasik Jepun inspire perjalanan seni dia.
Pairing kedua pula lebih santai dan quirky. “Welcome Back, Mr. McDonald” dipadankan dengan “Mencari Rahmat”, dua filem yang main dengan situasi absurd dan humor yang cerdik. Pengarah Al Jafree Md Yusop pun akan join sesi sharing, cerita tentang storytelling dan pengaruh sinema Jepun dalam karya dia.
Selain tengok filem, korang juga boleh join sesi perkongsian bersama pembikin filem tempatan. Ini part yang rare sebab bukan selalu kita dapat dengar sendiri proses kreatif diorang, lagi-lagi dalam konteks pengaruh budaya luar.
Harga tiket pun agak mesra poket, bermula serendah RM15. Kalau minat nak explore sinema luar arus perdana atau sekadar nak cari pengalaman tengok wayang yang lain sikit, ini memang peluang yang berbaloi.

Pendek kata, Cinema Pairing Japan x Malaysia ni bukan sekadar hiburan tapi satu cara untuk faham budaya, emosi, dan perspektif dari dua negara berbeza… melalui bahasa yang semua orang faham ialah melalui filem.







Comments