TARUNG: Unforgiven – Bila Hidup Jadi Gelanggang Sebenar
- N

- 1 day ago
- 2 min read
Kalau korang tengah cari filem aksi tempatan yang bukan sekadar gaduh kosong, TARUNG: Unforgiven mungkin jawapannya. Filem ini bukan saja penuh aksi, tapi juga sarat dengan emosi dan konflik kehidupan jenis yang buat kita fikir balik tentang pilihan hidup sendiri.

Dijadualkan tayang di pawagam seluruh Malaysia bermula 7 Mei 2026, naskhah arahan Razaisyam Rashid ini tampil dengan konsep yang agak ‘deep’ bahawa gelanggang sebenar bukan sekadar tempat bertarung, tapi kehidupan itu sendiri.
Cerita dia follow Hatta, bekas juara silat yang cuba lari dari masa lalu. Tapi bila kakaknya dalam bahaya, dia terpaksa kembali ke dunia yang pernah dia tinggalkan kali ini dalam gelanggang haram. Twist dia? Lawan yang menanti ialah sahabat lama sendiri, Isa. Dari situ, konflik jadi lebih peribadi dan lebih pedih.
Menariknya, filem ini bukan bergantung pada jalan cerita saja. Barisan pelakon pun memang padu. Mierul Aiman muncul sebagai watak utama dengan tenaga baru, manakala Aedy Ashraf tampil dengan sisi lakonan yang lebih matang.

Dan ya, antara yang paling ditunggu mestilah gandingan dua nama besar, Bront Palarae dan Zul Ariffin. First time bergandingan, dan dari apa yang kita dengar, chemistry diorang memang intense.
Filem ini juga dibantu oleh pelakon lain seperti Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah yang masing-masing bagi warna tersendiri dalam cerita.
Dari segi teknikal, TARUNG: Unforgiven cuba bagi pengalaman sinematik yang lebih ‘immersive’ dengan penggunaan bunyi Dolby Atmos. Maksudnya, setiap tumbukan, setiap gerakan semua terasa lebih hidup bila tonton di pawagam.
Lagi satu benda menarik, filem ini datang dengan dua lagu original. Antaranya ‘Terbang’ nyanyian Noh Salleh yang memang kena dengan vibe cerita emosi, struggle, dan harapan.

Kalau korang jenis suka follow pelakon, ada juga siri jelajah yang akan berlangsung di beberapa lokasi seluruh Malaysia sepanjang Mei. So bolehlah jumpa sendiri barisan pelakon dan rasa hype filem ni secara live.
Apa yang Kaypoh Media boleh cakap TARUNG: Unforgiven bukan sekadar filem aksi biasa. Ia cuba bawa mesej yang lebih dekat dengan realiti hidup kita. Kadang-kadang, musuh terbesar bukan orang lain… tapi diri sendiri.



Comments