top of page

Nassar Live in Malaysia 2026: Gegar Zepp KL

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 1 day ago
  • 1 min read

Peminat muzik serantau, ini bukan drill. Nassar Live in Malaysia 2026 bakal jadi antara konsert paling hype tahun ni dan ya, Kuala Lumpur jadi saksi!


Kalau anda kenal Nassar, anda tahu vibe dia bukan biasa-biasa. Vokal padu, gaya flamboyan, dan aura pentas yang memang susah nak ignore. Kali ni, “King Nassar” turun KL dengan sebuah persembahan yang dijanjikan penuh drama, tenaga dan emosi.


Konsert “Voice of the ‘KING’ Nassar Live in Malaysia” akan berlangsung pada 31 Julai 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Venue ni memang terkenal dengan setup sound dan visual yang solid. Memang ngam untuk konsert besar macam ni.


Apa yang menarik? Nassar bukan sekadar menyanyi. Dia bawa storytelling dalam setiap lagu. Dari lagu hits macam Mati Lampu hingga Gejolak Asmara, setiap persembahan ada elemen dramatik, emosi, dan kadang-kadang… lawak spontan dia yang buat crowd cair.


Lebih menarik, konsert ni juga akan diserikan dengan penampilan khas Shiha Zikir. Gabungan dua suara powerhouse dari Malaysia dan Indonesia ni dijangka bagi satu pengalaman muzik rentas budaya yang memang rare.


Dari segi produksi, jangan expect yang biasa. Kita cakap pasal pentas imersif, lighting padu, dan interaksi dengan penonton yang buat anda rasa macam sebahagian daripada show bukan sekadar duduk tengok.


Di sebalik semua ni, konsert ini turut jadi simbol hubungan industri hiburan Malaysia–Indonesia yang semakin kuat. Bila artis dua negara bergabung, hasil dia memang lain macam.


Kalau anda jenis yang suka konsert penuh emosi, energy tinggi dan sedikit drama, ini mungkin malam yang anda tak nak miss.

Comments


bottom of page