top of page

Borak SeeNi Sambut Setahun Dengan 74 Juta Views!

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 1 day ago
  • 2 min read
ree

Borak pagi di Astro Prima sekarang sudah sampai ke level luar biasa. Borak SeeNi rasmi masuk usia setahun, terus jadi kegemaran rakyat Malaysia! Dengan line-up hos gempak seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman, talkshow ini memang all-star vibes.


Bersiaran LIVE setiap Selasa-Jumaat jam 11 pagi (ulang 8 malam), Borak SeeNi bukan sekadar sembang kosong. Ada topik kekeluargaan, lifestyle, demo masakan, isu kesihatan, sampai kisah-kisah inspirasi orang Malaysia yang buat penonton rasa “eh aku pun boleh berjaya!”.


Teknologi pun tak main-main, siap guna Extended Reality (XR) & Augmented Reality (AR). Tidak terkejutlah kenapa ramai usahawan SME berebut nak promote brand dekat sini.


Setahun = 200 episod, 20 juta penonton TV, dan konten digital dia dah tembus 74 juta tontonan di Facebook, Instagram & TikTok. Ini menunjukkan yang Borak SeeNi memang telah mencuri hati warga Malaysia dengan kontennya.


Naib Presiden Nu Ideaktiv, Datin Norashikin Habibur Rahman berkata, “Apa yang membezakan program Borak SeeNi berbanding program bual bicara langsung yang lain ialah suntikan elemen hiburan dan interaktif yang dekat di hati penonton tetapi masih mengekalkan isu-isu semasa dan topik yang relevan untuk segenap lapisan masyarakat. Dalam masa yang sama, program ini turut menjadi platform kepada usahawan-usahawan tempatan bagi meningkatkan kesedaran jenama mereka dan secara tidak langsung membantu menjana pendapatan mereka dan ekonomi negara.”


Untuk ulang tahun pertama ini, Borak SeeNi bawa kelainan; rakaman istimewa di Monkeys Canopy (1&2 Oktober). Lineup guest pun mantap: Kumpulan Alpha, Wani Kayrie, Fahimi Rahmat, Firdaus Rahmat, Sissy Iman dan Apich Lo bersama hos jemputan Roy Azman yang akan memeriahkan lagi rancangan ini dengan gelagat dan telatah mereka. Memang akan Havoc Habis!


ree

Bagi yang suka fleksibel, boleh tonton Borak SeeNi di Astro On Demand, Astro Gempak, Astro GO & sooka.


Dalam satu tahun, Borak SeeNi berjaya conquer TV & media sosial. Lepas ini, mungkin boleh jadi borak talkshow nombor satu Malaysia pulak?

Comments


bottom of page