top of page

BLACKPINK ‘GO’ Tampil Sinematik, Era Baharu?

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Feb 24
  • 1 min read

Teaser terbaru BLACKPINK ‘GO’ akhirnya disiarkan dan ya, memang lain macam vibe dia kali ini. BLACKPINK kembali mencuri perhatian peminat global apabila YG Entertainment memuat naik teaser sinematik lagu tersebut pada 24 Februari 2026. Sekali tengok, terus rasa macam ini bukan sekadar comeback biasa.


Dalam teaser berdurasi pendek itu, kita dapat lihat transformasi visual yang lebih ‘cinematic’ dan misteri. Kalau sebelum ini BLACKPINK sinonim dengan konsep fierce, bold dan high-fashion, kali ini elemen alam semesta, langit, laut dan darat jadi latar utama. Seolah-olah mereka sedang bersiap untuk satu misi besar. Nak conquer dunia muzik lagi sekali ke tu?


“GO” merupakan lagu utama dalam mini album ketiga mereka berjudul DEADLINE yang akan dilancarkan pada 27 Februari 2026, jam 2 petang (KST). Album lima trek ini turut menampilkan “JUMP” yang sudah pun diperkenalkan lebih awal, selain “Me and my,” “Champion” dan “Fxxxboy.” Line-up lagu nampak pelbagai, jadi besar kemungkinan kita akan dengar sisi berbeza setiap anggota.


Menurut pihak agensi, DEADLINE menggambarkan BLACKPINK dalam versi paling bersinar dan bertenaga. Tapi kalau tengok teaser ‘GO’ ni, bukan sekadar bersinar tapi macam nak meletup satu galaksi terus.


Untuk peminat K-pop di Malaysia, ini memang antara comeback yang paling dinanti tahun ini. Soalannya sekarang, adakah “GO” bakal jadi lagu anthem baru untuk BLINK? Atau mungkin viral di TikTok dalam masa beberapa jam saja selepas release?

Apa pun, 27 Februari nanti memang wajib standby. Jangan terkejut kalau timeline penuh dengan teori, fancam dan reaction video.


Comments


bottom of page