Big Stage Alpha: Kenapa Afiq Sky Diselamatkan, Allan Andersn Tersingkir? Ini Penjelasan Datuk Syafinaz
- kaypohmedia
- 4 days ago
- 1 min read

Ketua juri Big Stage Alpha (BSA), Datuk Syafinaz Selamat, tampil menjelaskan keputusan kontroversi menyelamatkan Afiq Sky menggunakan Imuniti X pada minggu suku akhir program itu.
Keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama dua lagi juri tetap, Edry Abdul Halim dan Hael Husaini, yang akhirnya memilih untuk menyingkirkan Allan Andersn.

Menurut Syafinaz, penilaian utama juri bukan sekadar dari sudut persembahan solo, tetapi juga kerjasama dalam persembahan berkumpulan.
“Setiap minggu kami tekankan kepentingan kerjasama dalam kumpulan. Kami lihat Allan masih kekok dan sukar menyesuaikan diri walaupun dia berusaha. Sebaliknya, Afiq menunjukkan semangat pasukan dan ‘chemistry’ yang kuat walaupun persembahan solonya masih boleh diperbaiki,” katanya kepada Gempak.
Tambahnya, Afiq dilihat semakin menunjukkan peningkatan dari minggu ke minggu, menjadikan dia layak untuk diberi peluang kedua.
Sementara itu, satu lagi nama yang berada dalam zon bahaya ialah Awienit, namun Syafinaz memilih untuk tidak menggunakan Imuniti X terhadapnya kerana prestasinya yang dilihat semakin menurun sejak awal pertandingan.

“Awienit pada awalnya menunjukkan potensi besar dan mudah ‘gel’ dengan kumpulan. Tapi makin lama prestasi dia makin merosot. Itu membuatkan saya ragu untuk gunakan imuniti terhadapnya,” jelas Syafinaz lagi.
Keseluruhan keputusan ini memperlihatkan bagaimana juri-juri Big Stage Alpha bukan hanya mencari penyanyi berbakat, tetapi juga individu yang mampu bekerjasama dan menyumbang kepada kejayaan kumpulan.
Comments