top of page

Rizal Rasid Kuasai Minggu Keempat Big Stage Alpha Bertemakan “Slay The Beat”

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 19
  • 1 min read


Persaingan semakin sengit di pentas Big Stage Alpha minggu keempat yang membawa tema penuh bertenaga, “Slay The Beat”. Persembahan yang memukau menyaksikan Rizal Rasid mengungguli carta dengan markah keseluruhan sebanyak 75.55%, sekaligus merampas kedudukan teratas buat pertama kali.


Tempat kedua pula menjadi milik Izat Ibrahim dengan markah rapat, iaitu 75.25%, manakala Ariel Fesol, yang hampir tersingkir minggu lalu bangkit di tempat ketiga dengan 72.20%. Kejayaan ini memberi nafas baharu buat Ariel yang semakin menunjukkan peningkatan.



Namun begitu, malam tersebut turut menyaksikan penyingkiran Que, apabila hanya memperoleh markah 54.45% dan menjadikannya peserta dengan markah terendah minggu ini. Ia merupakan persembahan terakhir Que di pentas Big Stage Alpha pada musim ini.


Satu kejutan manis turut tercipta apabila Afiq Sky, yang tiga minggu berturut-turut berada dalam kelompok tercorot (bottom three), akhirnya melonjak ke kedudukan keenam yang merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat dirinya.


Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan perjalanan para peserta dalam Big Stage Alpha, setiap minggu di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. Siapa pula yang bakal “slay” pada minggu hadapan? Saksikan untuk ketahui jawapannya!


Komentáře


bottom of page