Langkah Qarl G & Ashmirul Terhenti di Big Stage Alpha Minggu Kedua
- Nurul Safiah
- May 5
- 1 min read

Persaingan sengit dalam minggu kedua Big Stage Alpha menyaksikan dua peserta, Qarl G dan Ashmirul, terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas gagal meraih undian penonton yang mencukupi.
Dengan tema mingguan “Rizz & Shine”, peserta Daniel Sher terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan kedudukan teratas dengan markah juri sebanyak 79.20 peratus.
Sementara itu, Ashmirul 59.75% dan Qarl G 58.75%, diumumkan tersingkir walaupun mendapat markah yang lebih tinggi berbanding Afiq Sky 57.05%, yang diselamatkan oleh undian penonton.
Minggu ini turut menyaksikan kehadiran Akim Ahmad sebagai juri jemputan, menggantikan Edry Abdul Halim yang tidak dapat hadir. Ajai pula bertindak sebagai pengganti sementara bagi posisi Edry.
Dalam pada itu, peserta Que menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Perfume Paradise atas persembahan memukau yang dipamerkannya.
Big Stage Alpha ditayangkan setiap minggu di Astro Ria (Saluran 104), serta boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan sooka!

Comments