Barbarik Satukan Gitaris Lagenda & Generasi Baharu di ‘Pentas Peluru Cokelat’!
- Nurul Safiah
- 1 day ago
- 1 min read

Barbarik bukan datang sekadar menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 28 Jun 2025, mereka datang membawa kuasa besar dunia gitar Malaysia ke satu pentas!
Konsert sulung mereka, ‘Pentas Peluru Cokelat’, bakal menyatukan barisan gitaris legenda dan generasi baharu termasuk Shah Slam, Ujang Tukimon, Muzza, dan Karl Cromok!
BARBARIK mungkin nama baharu, namun isinya adalah legenda, barisan pemuzik yang telah menjelajah industri lebih 40 tahun, kini kembali dengan semangat baharu di Pentas Peluru Cokelat.

Konsert ini bukan sahaja menandakan kemunculan rasmi mereka, tetapi bakal menjadi saksi kematangan muzik rock tempatan yang jarang-jarang kita temui hari ini.
Lebih daripada 20 lagu bakal dipersembahkan dalam malam berdurasi dua jam ini, termasuk karya baharu dan lagu-lagu malar segar yang dibawakan secara istimewa dalam segmen ‘Retro Akustika’.

Tiket bermula dari RM150 hingga RM8,000 VIP Box, dengan pembelian boleh dibuat di ilassotickets.com.
Sesi Meet & Greet eksklusif turut dianjurkan pada keesokan harinya di Heritage Club, Royale Chulan KL, terhad kepada 200 peminat sahaja.
BARBARIK bukan sekadar kembali, mereka datang dengan senjata berat, pementasan rock sebenar!

Comments