top of page

Barbarik Gegar Zepp KL Dengan Konsert ‘Pentas Peluru Cokelat’ Full House!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Kumpulan rock tanah air, Barbarik mencipta malam penuh gemuruh menerusi konsert Pentas Peluru Cokelat apabila lebih 2,700 peminat membanjiri Zepp Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu!

 

Kumpulan yang dianggotai oleh Muss, JoBranko, Rozaimi dan Ainol tampil bertenaga dalam persembahan selama tiga jam yang membariskan 22 buah lagu.

 

Disebabkan sambutan luar biasa, konsert terpaksa dilewatkan selama 15 minit untuk memberi laluan kepada peminat yang masih beratur.

 

“Kami jangka persaingan dengan banyak konsert lain, tapi peminat tetap hadir penuhi Zepp malam ini,” kata JoBranko.

 

Sumber: Armz Photodesign Official Photographer & Faizal Darus
Sumber: Armz Photodesign Official Photographer & Faizal Darus

Antara momen mencuri perhatian ialah segmen Retrostika yang mengimbau kenangan dengan lagu-lagu seperti Sketsa Sebuah Cinta, Potret Monalisa, Cintamu Mekar Dihati dan Taman Rashidah Utama.

 

Segmen itu turut diserikan dengan penampilan khas gitaris jemputan Shah Slam, Muzza dan Ujang Tukimon, serta duet istimewa bersama Karl Cromok menerusi lagu Golok Kayu dan Jerangkung Dalam Almari.

 

“Disebabkan terlampau seronok, itu yang tiba-tiba JoBranko mahu belanja lagu terakhir yang memang langsung tiada dalam perancangan iaitu lagu Keris Tak Bersarung. Tapi itulah magisnya pentas Barbarik, penuh kejutan,” ujar Muss.

Comments


bottom of page