top of page

BARBARIK Gegar Zepp KL Dengan Konsert PENTAS PELURU COKELAT

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 4 days ago
  • 1 min read


Band rock tempatan, BARBARIK, bakal menggoncang pentas Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert istimewa mereka, BARBARIK PENTAS PELURU COKELAT pada 28 Jun ini!

 

Konsert ini menjadi detik bersejarah buat kumpulan yang dianggotai oleh Muss, JoBranko, Rozaimi dan Ainol apabila buat pertama kalinya mereka mempersembahkan lagu-lagu dari album debut mereka, Peluru Cokelat.

 

“Jika sebelum ini kami mendendangkan lagu-lagu ketika Muss bersama Wings iaitu dalam enam buah album, tetapi kali ini ada buah tangan baharu yang menampilkan identiti band BARBARIK itu sendiri,” ujar JoBranko.

 

Baru tiga tahun ditubuhkan, BARBARIK telah mencatat pencapaian membanggakan menerusi siri konsert terdahulu!

 



“Setiap konsert pasti mempunyai perbezaan dan terdapat elemen kejutan pada pembukaan, pertengahan dan penutup konsert. Kami memberi jaminan kepada semua peminat, konsert ini bakal menguji andrenalin anda secara total dari mula hingga akhir.

 

“Konsert akan berlangsung selama dua jam dan kami akan mendendangkan sekitar 20 buah lagu, termasuk lagu lama dan juga lagu baharu,” kata JoBranko.

 

Album Peluru Cokelat sendiri dilihat sebagai lambang keseriusan BARBARIK dalam industri muzik, memuatkan tujuh buah lagu dengan sentuhan 80-an dan 90-an.

 

Menariknya, album ini juga dilancarkan dalam empat format berbeza iaitu cakera padat, piring hitam, kad USB dan edaran digital. Satu langkah ‘gila’ yang disambut hangat oleh pengumpul dan peminat tegar.

 



Tiket kini dijual di ilassotickets.com bermula dari RM150 hingga RM380 untuk tempat duduk vip.

 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan sejarah rock moden Malaysia diukir semula oleh BARBARIK. Ini bukan sekadar konsert, ini adalah ledakan jiwa!

 



Comments


bottom of page