“Bara Jiwa” Panaskan Filem Blood Brothers: Bara Naga
- Nurul Safiah
- Apr 14
- 1 min read

Lagu rock balada yang membara, “Bara Jiwa”, hasil gandingan mantap Azlan Typewriter dan Muzza VELVETTONES, kini rasmi diangkat sebagai lagu tema filem aksi paling dinanti tahun ini, Blood Brothers: Bara Naga!
Melalui bait lirik puitis dan melodi dramatik, lagu ini menjadi suara batin kepada watak-watak utama iaitu perjuangan, pengorbanan, dan dendam yang menyala.
Kor lagu “Bara… Jiwa… Menyala…” kini menjadi siulan peminat, mewakili semangat mereka yang enggan tunduk walau digoncang badai.
Menurut Azlan Typewriter, ini merupakan kolaborasi paling segar yang pernah beliau jayakan. Menariknya, rakaman lagu hanya memakan masa satu jam ekoran hasil keserasian dan persediaan rapi bersama Muzza, yang disifatkannya sebagai rakan duet penuh karisma.
Muzza pula mendedahkan bahawa “Bara Jiwa” dicipta sepenuhnya berdasarkan emosi dan perjalanan watak dalam filem. Dengan gaya rock balada berunsur sinematik, lagu ini mengambil masa dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya, dari penulisan hingga mastering.
Tak cukup dengan itu, “Bara Jiwa” kini mencetus fenomena di TikTok dengan lebih 2.4 juta tontonan! Peminat berkongsi video penuh emosi, menjadikan lagu ini latar dramatik yang membekas di hati.
Lagu ini kini boleh distrim di semua platform digital, manakala lirik video rasmi lengkap dengan babak eksklusif filem, telah dilancarkan pada 14 Mac lalu.
Bersiap sedia untuk terbakar dengan “Bara Jiwa”, sebuah lagu yang bukan sekadar runut bunyi, tapi denyut nadi kepada Blood Brothers: Bara Naga!
Comments