top of page

Nabila Razali Cipta Lagu Sendiri, ‘Cukup Sampai Sini’ Bukan Sekadar Lagu Putus Cinta

Writer: N
N
5 minutes ago
2 min read

Nabila Razali nampaknya semakin berani mencuba sesuatu yang baharu dalam muzik. Menerusi single terbaharunya, Cukup Sampai Sini, dia bukan sahaja menyanyi tetapi turut tampil sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.

Bagi Nabila, ini merupakan kali pertama dia menghasilkan lagu sendiri. Bersama Justin Seow Seng Tack, idea tersebut dikembangkan menjadi sebuah lagu yang membawa cerita tentang satu perkara yang ramai orang mungkin pernah lalui iaitu terlalu lama memberi peluang sehingga terlupa menghargai diri sendiri.

Tapi jangan expect lagu galau semata-mata.


Walaupun Cukup Sampai Sini bercerita tentang hubungan yang penuh alasan, drama dan kekecewaan, Nabila memilih untuk membawanya dengan muzik yang lebih ringan dan bertenaga.


Malah, dia mahu lagu ini mengingatkan pendengar kepada karakter muziknya menerusi lagu seperti Vroom Vroom dan Pematah Hati.


Bila dah terlalu banyak bagi peluang, sampai bila nak bertahan?

Itulah antara persoalan yang cuba disentuh menerusi Cukup Sampai Sini.

Bagi Nabila, ada masanya seseorang perlu sedar bahawa berkata “cukup” bukan bermaksud membenci atau mahu membalas dendam.

Sebaliknya, ia boleh menjadi tanda bahawa seseorang sudah mula mengenali nilai dirinya sendiri. Mesej itu turut diserlahkan menerusi bahagian “NO MORE, NO MORE” yang menjadi antara momen paling tegas dalam lagu ini.


Kalau diterjemahkan secara mudah, lebih kurang begini: no more excuses, no more drama, no more bagi peluang.


Dan sebenarnya, mesej tersebut bukan hanya berkaitan percintaan. Situasi yang sama boleh berlaku dalam persahabatan, pekerjaan atau mana-mana hubungan yang membuatkan seseorang terlalu lama mengetepikan diri sendiri.


Nabila kini lebih berani tentukan arah sendiri

Penglibatan dalam penulisan dan penciptaan lagu ini turut memperlihatkan perubahan Nabila sebagai seorang artis. Menurutnya, dahulu dia lebih banyak memikirkan apa yang orang lain fikir dan harapkan daripadanya.


Kini, Nabila mengakui dirinya semakin mengenali identiti sendiri dan lebih berani menentukan perkara yang mahu disampaikan melalui karya.


Sebab itu Cukup Sampai Sini terasa seperti lebih daripada sekadar single baharu.

Ia menjadi ruang untuk Nabila menunjukkan sisi yang lebih santai, berani dan terbuka untuk bereksperimen.


MV pula bawa kita masuk ke dunia sekolah

Kalau mesej lagunya agak serius, muzik video pula mengambil jalan yang lebih fun.

Cukup Sampai Sini menggunakan konsep high school, lengkap dengan set sekolah yang dibina khas di dalam studio.

Konsep ini dipilih kerana zaman sekolah cukup dekat dengan ramai orang. Ada crush, persahabatan, drama dan tentunya macam-macam jenis karakter.


Lebih menarik, muzik video ini turut menampilkan barisan cameo seperti Ain Edruce, Yaya Zahir, Siti Khadijah, Adriana Adnan, Riena Diana, Lunia Ara, Syieda, Tengku Ratu, Eusoff, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Aimien dan Irfan Hifny.


Nabila pula membawa karakter “The One Who Had Enough”.


Setiap cameo diberikan karakter berbeza untuk menghidupkan dunia sekolah tersebut. Ada pelajar popular, yang bijak, class clown, kelakar dan juga misteri. Hasilnya, muzik video ini membawa suasana yang lebih colourful dan menyeronokkan, seiring dengan pendekatan muzik yang Nabila mahukan.


Kali ini, Nabila bukan sekadar menyanyi

Cukup Sampai Sini mungkin bermula dengan kisah kecewa, tetapi mesej akhirnya lebih kepada bangkit dan memilih diri sendiri.


Dengan Nabila sendiri terlibat sebagai pencipta lagu dan penulis lirik, karya ini turut memberi gambaran tentang arah baharu yang sedang dibentuknya sebagai seorang artis.

Lagu ini sudah tersedia di semua platform penstriman digital sejak 11 September 2026, manakala muzik video rasminya mula ditayangkan di YouTube pada 22 September 2026.


Dan kalau pernah berada dalam situasi terpaksa berkata “dah cukup”, mungkin lagu ini memang akan terasa sedikit dekat dengan cerita sendiri.

Comments


bottom of page