Baekhyun Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Ogos Ini Menerusi Jelajah Dunia!
- Nurul Safiah
- 1 day ago
- 1 min read

Para EXO-L, ini masanya untuk bersedia! Penyanyi sensasi Korea Selatan, Baekhyun, bakal mengadakan konsert solo di Malaysia menerusi siri jelajah dunia bertajuk “BAEKHYUN WORLD TOUR ”.
Jelajah yang dinantikna ini akan berlangsung pada 23 Ogos 2025 jam 8 malam di IDEA LIVE KL!
Konsert ini menjanjikan pengalaman istimewa buat para peminat yang menanti lama untuk menyaksikan persembahan penuh karisma Baekhyun secara langsung.
Lebih istimewa, pelbagai faedah eksklusif peminat turut disediakan, termasuk peluang mencipta kenangan unik bersama penyanyi berbakat ini.

Jualan umum tiket telah bermula sejak 17 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari (MYT) menerusi dua platform rasmi iaitu BookMyShow dan Fantopia.
Setiap pembelian tiket hanya terhad kepada dua keping sahaja, dan pihak penganjur menegaskan bahawa nama pembeli mesti sepadan dengan dokumen pengenalan rasmi seperti MyKad atau pasport.
Konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan muzik, ia merupakan peluang untuk peminat menyelami dunia Baekhyun, merasai muziknya secara langsung, dan berkongsi detik yang tidak akan dilupakan bersama bintang K-pop ini.
Tandakan kalender anda, 23 Ogos 2025 bakal jadi malam magis buat semua peminat Baekhyun di Malaysia!

Comments