top of page

BABYMONSTER Tunjuk Taring Dalam Mini Album Kedua WE GO UP

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 18 hours ago
  • 3 min read
ree

Kumpulan gadis di bawah YG Entertainment, BABYMONSTER, kembali panas dengan mini album kedua mereka bertajuk WE GO UP dan honestly, konsep kali ni nampak lebih ganas, lebih confident, dan totally “YG-coded”. Tapi, comeback kali ni datang dengan sedikit twist: Rami tak join atas masalah kesihatan.


BABYMONSTER dijadualkan melancarkan WE GO UP pada 10 Oktober 2025, jam 1 petang KST (12 tengah malam EDT) di semua digital platform. Sebelum ni, akaun rasmi YG dah bagi teaser dengan tulisan hijau neon “D-1”, cukup untuk buat peminat Monstiez tak senang duduk.


ree

Album ni akan ada empat lagu baharu termasuk WE GO UP, PSYCHO, SUPA DUPA LUV, dan WILD. Judging dari tracklist dan teaser visual, YG memang tengah push BABYMONSTER ke arah girl crush 2.0. Kombinasi vokal mantap, visual edgy, dan attitude “we own the stage”.


YG jarang recycle formula, dan kali ni pun sama. Lagu utama WE GO UP digambarkan sebagai hip-hop anthem yang menjerit “kebangkitan”, simbolik kepada perjalanan mereka dari rookie group ke status global act.


Lagu PSYCHO pula dikatakan antara paling kuat dan beremosi, dengan beat yang lebih gelap dan lirik introspektif. SUPA DUPA LUV bagi vibe lembut tapi tetap berjiwa trap-R&B, manakala WILD bawa elemen country-dance, satu benda yang kita tak expect langsung dari YG group.


Honestly, kalau tengok lineup genre ni, YG memang nak tunjuk yang BABYMONSTER bukan sekadar “adik BLACKPINK”, tapi satu entiti sendiri.


Walaupun hype tengah tinggi, satu berita yang buat ramai sedih, Rami tak dapat join promosi kali ni atas masalah kesihatannya. YG keluarkan kenyataan rasmi yang dia akan berehat sepenuhnya sampai betul-betul pulih.


ree

Jadi untuk era WE GO UP, hanya enam ahli yang aktif; Ruka, Pharita, Asa, Ahyeon, Rora, dan Chiquita. Walaupun tanpa Rami, Monstiez confident group ni tetap boleh deliver sebab line-up sekarang ni memang solid.


Kalau tengok pattern YG, mereka biasanya bagi masa panjang untuk artis rehat. Jadi ramai harap Rami akan kembali bila dia ready, mungkin untuk next comeback.


Poster teaser BABYMONSTER kali ni full black-and-white dengan tulisan hijau neon, siluet ahli dalam suasana bandar yang menampakkan mereka nak conquer dunia. Ia bagi aura “urban rebellion meets glam chaos”, straight out of YG playbook.


Fans juga perasan yang setiap ahli nampak lebih matang dan confident berbanding era debut dulu. Ada yang kata visual ni vibe dia lebih ke arah 2NE1’s I Am The Best tapi dengan sentuhan Gen Z.


ree

YG tak pernah main kecil bila bab merch. WE GO UP akan ada pelbagai versi fizikal termasuk Postcard Ver. dan Mini Beam Keyring Ver., lengkap dengan photocard, poster dan extra goodie.


Pre-order dah dibuka sejak 19 September lepas dan akan ditutup sehari sebelum pelancaran rasmi.

Selain tu, fans juga boleh join fansign event dan video call session, something yang memang boost engagement global fandom.


BABYMONSTER jelas nak buktikan mereka bukan sekadar rookie luck. Dengan album kedua ni, mereka bukan lagi “the next big thing”, tapi the current big deal.


Fans di Malaysia pun dah siap trending hashtag #WEGOUP dan #BABYMONSTER dekat X (Twitter) dan TikTok, dengan ramai yang nak tengok sejauh mana group ni boleh lawan dominasi girl group lain seperti NewJeans dan IVE.


BABYMONSTER nampak macam tengah unlock fasa baru dimana kelihatan lebih berani, lebih matang, tapi tetap fun. Walaupun tanpa Rami, vibe dia tak down langsung. Kalau WE GO UP berjaya cipta impak macam yang YG janji, BABYMONSTER officially naik ke tier yang sama dengan senior mereka.

So buckle up Monstiez, sebab era WE GO UP ni nampak macam permulaan kepada satu bab baru dan honestly, we’re so here for it.


Comments


bottom of page