top of page

BAALE Bakal Gegarkan ZeppKL, “FORTUNA” Live Show Eksklusif!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Siap sedia semua peminat muzik dan peminat tegar Iqbaal Ramadhan! Penyanyi dan pelakon kegemaran ramai itu bakal turun padang dengan konsert sulungnya di Malaysia menerusi FORTUNA Live in Kuala Lumpur!

 

Dengan konsep eksklusif Radio Show yang hanya boleh disaksikan di KL, BAALE menjanjikan satu malam penuh magis, penuh jiwa, dan pastinya lain daripada yang lain.

 

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 15 Jun 2025 di Zepp Kuala Lumpur, jam 8:30 malam dan beberapa kategori tiket dah SOLD OUT!

 

Ruang festival “FORTUNA” sedang laku keras, manakala ruangan duduk berkonsep “MALAM MINGGU” dan “MUSIM” masih jadi rebutan peminat.

 

Nak lebih eksklusif? Ada juga Meet & Greet khas untuk pemegang tiket terpilih, lengkap dengan akses soundcheck dan barangan eksklusif hanya untuk mereka yang benar-benar nak rapat dengan BAALE.

 


Iqbaal bukan asing lagi dalam dunia seni dari layar ke pentas, kini dia membuktikan bahawa muzik juga adalah ruang magisnya.

 

Jadi buat peminat yang dah lama menanti kemunculan BAALE di pentas Malaysia, inilah saatnya.

 

Beli tiket sekarang di ilassotickets.com sebelum semuanya habis!



コメント


bottom of page