Astro Kembalikan Muzikal Lawak Superstar Dengan Suntikan Heroik ‘Clash Of Empire’
- Atiqah Halim
- 4 minutes ago
- 2 min read

10 Kumpulan empayar lagenda siap rebut takhta komedi
Arena lawak tanah air bakal bergegar semula! Astro sahkan pentas fenomena Muzikal Lawak Superstar (MLS) kembali dengan musim kelima yang dijenamakan lebih epik, 'Clash of Empire’. Bertemakan pertempuran empayar lagenda dunia, musim ini bukan sekadar pertarungan jenaka, tapi seolah-olah medan perang komedi penuh warna.
Dari Rome sampai ke Ayutthaya, pahlawan komedi bangkit!
MLS5 kali ini menampilkan 10 kumpulan, setiap satunya diangkat dengan identiti empayar bersejarah. Bukan calang-calang, setiap kumpulan terdiri daripada tiga personaliti berbeza; pelakon, penyanyi, influencer dan tentunya pelawak yang sedia menawan hati penonton.
Inilah lineup penuh “pahlawak” empayar MLS5:
Saiko (Dinasti Ming): Ammar Titan, Azhar Jalil, Aishah Azman
Nanas (Dinasti Ottoman): Achey, Shashic, Namie
Fiona (Ayutthaya): Chiwan, Man, Farid Along
Roda (Roman): Naqiu, Sharif Zero, Fad Bocey
Jozon (Kedah Tua): Joey Daud, Norreen Iman, Zul Huzaimy
Genzi (Mongol): Aziz M Osman, Ilham Abata, Acong Sweetchild
Kimbab (Joseon): Zulin Aziz, Maryam Kiimchi, Nasz Sally
Puteh (Mughal): Ali Puteh, Mamak Puteh, Ieda Moin
Bahyim (Egypt): Nizam Jentik Jentik, Ayim Razak, Zahid
Lompat (British): Mark Warn, Ayan Rahman, Danny Soda
Dari otai lawak seperti Achey, Man Raja Lawak, Fad dan Ali Puteh, sehinggalah ke wajah baharu seperti Maryam Kimchi, Norreen Iman dan Naqiu, MLS5 jadi medan pertembungan generasi dan gaya komedi yang pasti mencetuskan gelak tawa tak berhenti.

Sistem penjurian & pengisian digital
Seperti musim lalu, penjurian MLS5 kekal dengan format 70% markah juri profesional + 30% undian peminat melalui Astro Gempak. Jadi bukan sekadar lawak padu, kumpulan juga perlu ‘kaut’ sokongan penonton untuk kekal.
MLS5 juga ada platform digital eksklusif, Muzikal Lawak Superstar Live+ yang disiarkan serentak di www.gempak.com dan media sosial Astro Gempak, dihoskan oleh Jiggy & Amir Raja Lawak. Tambahan lagi, kapsul mingguan 5 minit “Muzikal Lawak Superstar” yang menampilkan gelagat peserta akan dibawakan oleh Putra Anuar dari radio SINAR.
Siaran Rasmi
Program utama: MLS5 bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Prima (105), live dari Royal Theater Shah Alam.
Kapsul MLS5: Sorotan mingguan, sesi belakang tabir dan permainan peserta
Diari MLS: Komplikasi perjalanan penuh setiap kumpulan dari persiapan, susunan lagu hinggalah jalan cerita persembahan.
Penaja & Rakan Rasmi
MLS5 sekali lagi dijana tenaga oleh Alicafé sebagai penaja utama, dengan Astro Gempak sebagai Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio rasmi.
Dengan tagline “Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw” MLS5 bukan sekadar pertandingan, tapi medan epik dimana pelawak jadi pahlawan, empayar jadi gelanggang, dan lawak jadi senjata utama.
Sealan penting sekarang, empayar mana yang bakal bertakhta, dan siapa pula yang akan ‘terkubur’ di medan lawak? Kita nantikan pada 11 Oktober ini.
Comments