top of page

Astro dan Sun NXT Bergabung Bawakan Hiburan India Terbaik!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 3 hours ago
  • 1 min read


Astro mengumumkan pelbagai tawaran menarik untuk bulan Mei, merangkumi kandungan hiburan India terbaik hasil kerjasama dengan Sun NXT, pelancaran saluran baharu SCREAM untuk peminat genre seram, dan kempen alam sekitar Rimba Kita: Strim & Menang bersempena sambutan Hari Bumi Sedunia!

 

Pelanggan kini boleh menambah Sun NXT, platform hiburan India yang menyeluruh, ke dalam langganan Astro mereka.

 

Menampilkan filem, rancangan TV dan siaran langsung dalam enam bahasa India iaitu Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada, Bengali dan Marathi.

 

Sun NXT hadir dalam dua pilihan iaitu Sun NXT Lite dan Sun NXT Premium.

 



Mulai 1 hingga 31 Mei 2025, pelanggan Astro boleh menikmati saluran baharu SCREAM, saluran 100, secara percuma, yang menyajikan lebih 160 cerita seram dalam lapan bahasa termasuk Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Hindi, Korea, Thai dan Indonesia.

 

Astro juga melancarkan kempen kesedaran alam sekitar Rimba Kita: Strim & Menang sempena Hari Bumi.

 

Pelanggan hanya perlu menstrim dokumentari Wild Sky di On Demand. Bagi setiap tontonan unik, Love Nature akan menyumbang RM1 kepada Dana Penanaman Pokok Astro Rimba Kita.

 



Penonton juga berpeluang memenangi jam tangan pintar Garmin bernilai hingga RM5,000!

 

Kempen ini berlangsung sehingga 20 Mei 2025 dan penyertaan boleh dilakukan menerusi aplikasi MyAstro.

 

Pelanggan boleh menikmati semua kandungan ini dengan melanggan Pek Astro One pada harga RM49.99/sebulan.

 

Langganan dan pengurusan akaun boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi MyAstro atau dengan WhatsApp ke 03-9543 3838.

 

Comments


bottom of page