Aisha Retno Kembali ke Pentas Dengan ‘The A.I.S.H.A Experience’ September
- Nurul Safiah
- 19 hours ago
- 1 min read

Penyanyi dan penulis lagu berbakat, Aisha Retno bakal mengubat rindu peminat dengan sebuah persembahan eksklusif berjudul The A.I.S.H.A Experience.
Showcase ini akan berlangsung pada 20 September 2025, jam 8.30 malam di JioSpace, Petaling Jaya.
Dianjurkan oleh LOL Asia bersama Aisha Retno Entertainment, showcase istimewa ini merupakan sebuah sambutan kepada perjalanan muzik Aisha menerusi album [Re.Hab].
“Selepas jeda yang memeluk sunyi, Aisha kembali berdiri dengan hela nafas yang baru dan jiwa yang teranyam semula,” tulis Aisha dalam hantaran di media sosial rasminya.

Peminat bakal dibawa menyelusuri dunia rehabilitasi emosi dan artistik yang disampaikan bukan hanya dengan suara, tetapi juga dengan rasa, menjadikan persembahan ini lebih peribadi dan mendalam.
Tiga kategori tiket ditawarkan dari harga RM228.00 hingga RM298.00
Dapatkan tiket anda sekarang. Tiket kini boleh didapati di lolasia.tixr.com
Comments