top of page

Ain Edruce & Suami ‘Perang Dapur’ Dalam Resipi Serasi

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 2 days ago
  • 1 min read

Kalau sebut Resipi Serasi, memang tak sah kalau tak bayang dapur yang riuh rendah dengan gelak tawa dan usik-mengusik manja. Ramadan kali ini, program Resipi Serasi di TV3 tampil dengan kombinasi yang confirm buat penonton Kaypoh nak tengok pasangan selebriti Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz.


Bukan sekadar rancangan masakan biasa. Ini versi “real” suami isteri dalam dapur. Ada momen sweet, ada juga ‘perang kecil’ yang nampak comel tapi relatable sangat dengan pasangan dekat luar sana.


Ain memang kita tahu jenis spontan, bertenaga dan tak reti duduk diam. Amirul pula lebih tenang, steady dan jarang melatah. Bila dua personaliti berbeza ni digabungkan, memang jadi ‘ramuan’ utama yang buat rancangan ni lain macam. Kadang-kadang yang masak tu nampak biasa, tapi yang jadi highlight sebenarnya reaksi masing-masing.


Setiap episod, mereka akan sediakan menu pilihan untuk berbuka puasa. Tapi yang buat kita rasa dekat ialah cerita-cerita di sebalik hidangan tu. Kisah awal kahwin, kenangan lucu dalam dapur, sampai momen kecil yang nampak simple tapi sebenarnya penuh

makna.


Dalam musim Ramadan yang selalu dipenuhi drama berat dan telefilem emosi, Resipi Serasi datang dengan vibe lebih santai dan intimate. Sesuai sangat untuk tontonan petang Ahad bersama keluarga sebelum masuk waktu berbuka.


Program ini merupakan sebahagian daripada kempen Ramadan di TV3 dan mula bersiaran pada 22 Februari 2026, setiap Ahad jam 3.00 petang. Kalau terlepas di TV, boleh saja strim melalui Tonton.


Ramadan bukan sekadar tentang makanan yang mengenyangkan, tapi tentang siapa yang ada bersama kita ketika menyediakan juadah itu. Dan mungkin, dari dapur yang ‘panas’ itulah lahirnya kenangan paling manis.


Comments


bottom of page