top of page

aespa Bakal Comeback Mei Ini, Album Baharu Dalam Persiapan

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Mar 13
  • 1 min read

Peminat K-pop, bersedia! aespa dilaporkan bakal membuat comeback pada bulan Mei, sekali gus menamatkan penantian peminat selepas hampir lapan bulan tanpa album baharu.


Menurut wakil daripada SM Entertainment pada 13 Mac, kumpulan popular itu kini sedang menyiapkan album baharu dengan sasaran pelancaran pada Mei. Walaupun butiran lanjut masih dirahsiakan, berita ini sudah cukup buat peminat mula ‘teori’ macam-macam tentang konsep baharu aespa.


Comeback ini juga menandakan kemunculan pertama mereka selepas pelancaran “Rich Man” pada September tahun lalu, jadi tak hairanlah jika jangkaan terhadap projek kali ini agak tinggi.


Dalam masa yang sama, aespa sebenarnya tak pernah benar-benar ‘senyap’. Baru-baru ini mereka melancarkan single Jepun berjudul Attitude yang dipilih sebagai lagu pembukaan untuk siri anime Jepun Kill Blue.


Bukan itu sahaja, kumpulan ini juga sedang bersiap untuk jelajah dome pertama mereka di Jepun pada bulan April. Ini merupakan satu lagi pencapaian besar dalam karier mereka, memandangkan konsert di dome biasanya dianggap simbol populariti besar dalam industri muzik Jepun.


Dengan single baharu, jelajah konsert, dan album comeback yang sedang disiapkan, nampaknya 2026 memang tahun sibuk untuk aespa. Persoalannya sekarang: apakah konsep yang bakal mereka tampilkan kali ini? Futuristik seperti biasa atau sesuatu yang lebih segar?


Apa pun, peminat K-pop pasti akan menunggu dengan penuh debar sehingga Mei nanti.

Comments


bottom of page