top of page

15 Tahun Dalam Industri Muzik, Hafiz Suip Hadiahkan Konsert Solo Buat Peminat!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jul 24
  • 1 min read
ree

Setelah lebih 15 tahun mewarnai industri muzik tanah air, penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip, bakal mengadakan konsert solo pertama beliau yang diberi judul Di Sebalik Aku: Hafiz Suip Live in Concert


Konsert yang penuh emosi dan kenangan ini akan berlangsung pada Sabtu, 1 November 2025 bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur.



Konsert ini akan dihiasi dengan lagu-lagu hits seperti Awan Nano, Kisah Cinta Kita dan Bahagiamu Deritaku. Hafiz bakal membawa penonton menyelami kisah perjuangan dan sisi dirinya yang mungkin belum pernah dikongsi sebelum ini. 


Konsert ini juga merupakan satu penghargaan buat para peminat yang tidak pernah berhenti untuk menyokong kerjaya seni beliau sejak awal kemunculannya. 


Bagi penjualan tiket, SAH presale akan dibuka pada 29 Julai, jam 10 pagi di bit.ly/sahmytelegram . Manakala bagi general sale akan dibuka pada 29 Julai, jam 12 tengahari di laman sesawang Ticketmelon.


ree

Hafiz yang dikenali dengan suara lunak dan lagu-lagu yang dekat di hati pastinya akan mencipta malam penuh nostalgia dan menjadi kenangan terindah buat semua yang hadir.


Comments


bottom of page