12 Peserta Berjaya Mara Ke The Big 12, Big Stage Alpha!
- Nurul Safiah
- 3 hours ago
- 1 min read

Seramai 12 peserta berjaya melangkah ke peringkat The Big 12, iaitu Ray-D, Awient, Aeril Fesol, Que, Araff, Qarl G, Afiq Sky, Ashmirul, Rizal Rashid, Izat Ibrahim, Daniel Sher dan Allen Andersn.
Sementara itu, seramai enam peserta tersingkir daripada pentas Big Stage Alpha selepas pusingan nyanyian berkumpulan pada minggu pertama yang berlangsung di Shah Alam Royal Theater malam Ahad.
Peserta yang gagal mara ke pusingan seterusnya ialah Syafeek Ikhwan, Suff Ahmad, Ridhwan Azman, Apich Lo, Shaqeen dan Alif Azri.

Persembahan minggu pertama dinilai oleh barisan juri tetap iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini, bersama juri jemputan Krisdayanti.
Daniel Sher muncul sebagai peserta terbaik minggu pertama dengan memperoleh markah tertinggi sebanyak 82.25%, diikuti Rizal Rasid 71.50% dan Araff 71.25%.
Big Stage Alpha dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, dan disiarkan secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta sooka!

Comentarios