top of page

Zynakal Kembali Dengan “NIAT”, Luahan Tentang Takut Untuk Mencintai

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 23 minutes ago
  • 1 min read

Zynakal kembali dengan single terbaru berjudul “NIAT”, sebuah lagu yang menyentuh soal cinta, trauma dan rasa takut untuk membuka hati selepas melalui pengalaman hidup yang memeritkan.


Dengan melodi santai dan susunan muzik minimal, “NIAT” membawa pendengar menyelami perasaan seseorang yang mula mempersoalkan keikhlasan dalam hubungan. Antara lirik yang paling mencuri perhatian sudah tentu bait “apa niat dalam hati, benarkah aku kau cari, atau cuma mahu isi kekosongan dalam hati” yang cukup relatable untuk ramai pendengar.


Bagi peminat muzik tempatan, nama Zynakal sememangnya sudah cukup dikenali. Sebelum aktif sebagai penyanyi, beliau terlebih dahulu mencipta nama sebagai komposer di sebalik lagu popular seperti “Sabar” nyanyian Ismail Izzani dan “Selamat Tinggal Sayang” oleh Haqiem Rusli.


Karier nyanyiannya pula semakin melonjak selepas kejayaan lagu “Sakit” bersama Yonnyboii yang pernah mendominasi carta penstriman Malaysia.


Apa yang membuatkan “NIAT” terasa dekat dengan pendengar ialah cara Zynakal menyampaikan emosi secara jujur dan sederhana. Lagu ini sesuai untuk mereka yang pernah melalui hubungan tidak pasti, tetapi dalam masa sama masih berharap untuk difahami.

“NIAT” kini boleh distrim di semua platform digital.

Comments


bottom of page