Zuana Kembali Takluk Tangga Teratas! 10 Peserta Raih 5 Bintang Menuju Akhir Raise The Star Malaysia 2025
- kaypohmedia
- 4 hours ago
- 1 min read

Pentas separuh akhir ‘Raise The Star Malaysia’ minggu ini menyaksikan persaingan yang semakin sengit apabila 10 peserta terbaik berjaya meraih penilaian 5 Bintang daripada para juri. Dengan tema “Master The Piece” yang mencabar kreativiti peserta dikehendaki menggabungkan dua lagu menjadi satu persembahan mantap para peserta tampil dengan kreativiti luar biasa.

Zuana mencuri perhatian ramai apabila berjaya mengekalkan konsistensi dan kembali memegang kedudukan pertama dengan markah tertinggi iaitu 74.00%. Tidak hanya itu, beliau turut diumumkan sebagai penerima gelaran Gempak Star On Fire minggu ini, membuktikan prestasinya yang semakin menyengat menjelang pentas akhir.
Di tempat kedua pula ialah Pasya dengan markah 72.91%, manakala Hariz Fayahet berada di kedudukan ketiga dengan 72.14%. Ketiga-tiga mereka menampilkan persembahan penuh emosi dan tenaga yang memukau juri serta penonton.
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara musim ini? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Pentas Akhir 'Raise The Star Malaysia' yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2025, jam 9 malam hanya di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. Pastikan anda tidak ketinggalan detik-detik kemuncak pertandingan bakat paling hangat di Malaysia!
コメント