Zizan & Sam Reunion! Polis Evo Raikan 1 Dekad dengan Kopi WONDA
- Atiqah Halim
- 2 hours ago
- 2 min read

Kalau cakap tentang filem aksi tempatan, Polis Evo confirm ada dalam fikiran. Lepas sedekad beraksi, francais ini bukan sahaja berjaya pecahkan panggung, tapi juga cipta satu legasi dalam industri filem Malaysia.
Dalam acara mega reunion “Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun” yang dikuatkan oleh Kopi WONDA, semua bintang dari tiga siri filem berkumpul seperti Zizan Razak, Shahiezy Sam, Nora Danish, sampailah ke nama-nama besar lain seperti Dato’ Afdlin Shauki, Syafiq Yusof dan Ghaz Abu Bakar. Lengkap macam family gathering versi blockbuster.
Dari Polis Evo (2025) hingga Polis Evo 3 (2023)
Filem pertama kutip RM17.8 juta (merupakan filem nombor satu pada tahun tersebut)
Sekuel kedua (2018) memecut dengan kutipan RM22.45 juta
Polis Evo 3 (2023) pecah rekod yang menggilakan dengan RM54 juta, masuk dalam top 5 filem Malaysia paling laris sepanjang zaman
Tak hairanlah Polis Evo kekal sebagai satu-satunya francais filem tempatan yang maintain 10 tahun straight.
Selain jadi hiburan, Polis Evo juga menjadi platform untuk melahirkan bakat baru. Daripada penulis skrip macam Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf, sampai lah ke barisan pelakon yang career boost lepas join francais ni. Watak ikonik seperti Inspektor Khai dan Inspektor Sani pun sudah menjadi pop culture di Malaysia.
Astro Shaw hint yang 10 tahun ni bukan penamat, tetapi merupakan starting point untuk fasa baru, dengan projek premium siri “Evo: Mat Yam”. Jadi, nampaknya universe Polis Evo akan terus berkembang.
Part paling menarik? Kopi WONDA bagi peminat peluang untuk jadi sebahagian daripada legasi Polis Evo. Antara pakej eksklusif yang ditawarkan:
Muncul dalam filem Polis Evo seterusnya
Fast Lane untuk audition
Dapat bomber jacket edisi khas Polis Evo 10 Tahun
Dan macam-macam lagi ganjaran eksklusif yang menanti
Siapa nak join, boleh beli Polis Evo Wonda Pack di aplikasi Shopee. Harga barangan eksklusif bermula dari RM69.90 hingga RM79.90
Comments