top of page

Zamaera Wakil Malaysia di FUTURE ASIAN MUSIC X LEVI’S® PRESENT ROAD TO FAM — THE FINALE di Bangkok

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jun 18
  • 1 min read


Penyanyi dan rapper berbakat besar dari Malaysia, Zamaera, bakal mengharumkan nama negara apabila beliau tersenarai sebagai antara barisan artis utama dalam konsert penutup siri jelajah muzik serantau, “Road to FAM – The Finale”, yang dianjurkan oleh Future Asian Music bersama Levi’s®.


Acara berprestij ini akan berlangsung di lokasi ikonik Hua Lamphong Train Station, Bangkok pada 9 Julai.



Acara ini juga menampilkan barisan artis popular Asia Tenggara seperti MILLI (Thailand), Fariz Jabba (Singapura), Ramengvrl (Indonesia) dan Zack Tabudlo (Filipina). Zamaera, satu-satunya wakil dari Malaysia, yang bakal mempersembahkan lagu-lagu penuh energi dan mesej bermakna yang menjadi identitinya dalam arena muzik tempatan dan antarabangsa.


“Road to FAM” merupakan siri jelajah muzik merentasi beberapa bandar di Asia Tenggara yang memberi platform kepada artis-artis Asia untuk menonjolkan karya mereka di pentas serantau. 


Zamaera, yang dikenali dengan keunikan suara dan lirik penuh semangat, pastinya bakal mencuri perhatian penonton antarabangsa dan sekali lagi membuktikan bahawa bakat Malaysia mampu bersinar di pentas global.


Para pengunjung perlu membuat RSVP lebih awal untuk kemasukan percuma melalui pautan di sini.



Comentários


bottom of page