Zahiril Adzim Cari ‘Saham Akhirat’ Menerusi Telefilem Pencuri Rumah Imam
- Nurul Safiah
- 2 days ago
- 1 min read

Pelakon dan pengarah prolifik Zahiril Adzim tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Pencuri Rumah Imam, sebuah telefilem santai bergenre komedi yang sarat dengan mesej kemanusiaan dan keinsafan.
Telefilem ini bakal menemui penonton menerusi slot Cerekarama TV3 pada Sabtu, 26 Julai ini jam 10 malam, sekaligus menjadi karya penutup siri istimewa Dari Layar Ke Lensa sempena ulang tahun ke-41 TV3.
Dibintangi barisan pelakon berkaliber seperti Fikry Ibrahim, Shiqin Kamal, dan Razak Ahmad, Pencuri Rumah Imam mengangkat kisah Adli, seorang pencuri yang menyamar sebagai individu kaya untuk melarikan diri dari pihak berkuasa. Dia kemudian berjaya memikat hati dan berpura-pura datang ke kampung tersebut demi mendalami ilmu agama.

Menurut Zahiril, walaupun ia sebuah naskhah komedi, Pencuri Rumah Imam mengangkat tema keinsafan dan kemanusiaan.
“Saya tak letak mesej secara jelas. Tapi kalau orang tengok dan dapat sesuatu yang baik daripada karya ini, saya anggap itu satu bonus, mudah-mudahan jadi saham akhirat untuk saya,” katanya.
Jangan lupa saksikan Pencuri Rumah Imam pada Sabtu ini, 26 Julai 2025 jam 10 malam hanya di TV3!

Comments