Wings Sunday Night Live Gegar KL dan Melaka Julai Ini
- N

- 39 minutes ago
- 2 min read
Peminat rock kapak, ini berita yang boleh buat anda terus cari geng nak pergi konsert. Wings bakal kembali menggegarkan pentas menerusi showcase eksklusif “Wings Sunday Night Live” yang akan berlangsung pada Julai depan. Lebih menarik, showcase ini bukan sekadar throwback lagu lama, tapi turut jadi pentas khas untuk memperkenalkan album terbaru mereka, Wings New Era.

Selepas sekian lama terus kekal relevan dalam industri muzik tempatan, Wings nampaknya masih belum ‘slow’. Kali ini, mereka tampil dengan persembahan live berdurasi sekitar satu jam setengah yang dijangka penuh dengan energi, nostalgia dan lagu-lagu yang memang wajib sing-along.
Showcase ini dianjurkan dengan kerjasama Awie Entertainment bersama Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan turut disokong oleh RPM Label selaku pengurusan baharu Wings.
Apa yang buat peminat lama makin excited semestinya setlist mereka nanti. Difahamkan, sekitar 20 lagu bakal dipersembahkan termasuk deretan lagu hits yang dah jadi anthem peminat rock tempatan sejak dulu lagi. Dalam masa sama, penonton juga akan dapat dengar karya baharu daripada album Wings New Era secara live.

Kalau ikut perancangan asal, siri persembahan ini sepatutnya bergerak sebagai jelajah Rock To Rock Tour. Tapi atas beberapa kekangan, pihak penganjur memilih untuk fokus kepada dua lokasi eksklusif sahaja. Dan jujurnya, vibe showcase macam ni selalunya lagi intimate dan puas untuk peminat hardcore.
Dua lokasi yang bakal jadi tumpuan peminat Wings ialah:
📍 5 Julai 2026 — Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
📍 12 Julai 2026 — Hard Rock Cafe Melaka
Bagi peminat muzik rock Malaysia, showcase ini memang nampak macam satu malam yang susah nak dilepaskan. Bayangkan satu venue penuh dengan peminat menyanyi sama-sama lagu legenda Wings, memang vibe dia lain macam.

Dalam keadaan industri muzik tempatan makin meriah dengan showcase dan konsert live, kemunculan Wings kali ini boleh dianggap antara momen yang mengubat rindu peminat lama sambil tarik generasi baru untuk kenal aura sebenar rock legenda tanah air.



Comments