Wicked: For Good Bakal Tayang November Ini!
- Ain Najihah
- 1 day ago
- 1 min read

Dunia hiburan kembali hangat dengan pelancaran treler pertama filem yang dinanti-nantikan, Wicked: For Good.
Treler rasmi ini telah dikongsi oleh akaun rasmi Wicked Movie di platform X dan telah mencatat tontonan melebihi 3.8 juta hanya beberapa jam selepas ia dimuat naik.
Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh dunia pada 21 November 2025. Wicked: For Good membawa adaptasi muzikal ikonik Broadway ke layar perak dengan visual memukau dan sinematografi yang menawan.
Berdasarkan treler berdurasi 2 minit 44 saat yang dikongsi, penonton disajikan dengan suasana magikal dan penuh emosi memperlihatkan watak utama menatap panorama kota Oz yang bercahaya di waktu malam.
Filem ini mendapat perhatian luar biasa daripada peminat dan pengkritik filem, malah ada yang sudah mula membuat ramalan bahawa Wicked: For Good berpotensi untuk menjadi calon Anugerah Oscar.
Filem ini dijangka menjadi antara tayangan blockbuster hujung tahun, terutamanya bagi peminat genre fantasi, muzikal dan adaptasi Broadway. Wicked: For Good dijangka akan mencipta fenomena tersendiri di pawagam nanti.
Wicked: For Good akan menemui anda pada 21 November 2025!
Comments