top of page

Durian King TTDI Kembali Meriah, Cendol Durian Viral Jadi Tumpuan

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 5 hours ago
  • 2 min read
ree

Selepas lebih setahun sunyi tanpa bau durian dan cendol viral, Durian King TTDI akhirnya kembali beroperasi dan berita ini memang menang besar untuk pencinta durian sekitar Lembah Klang. Gerai yang cukup ikonik sejak 2015 ini kembali bernyawa selepas 14 bulan penutupan susulan salah faham berkaitan lesen perniagaan.


Sepanjang tempoh penutupan, satu soalan yang kerap berlegar dalam kalangan pelanggan setia ialah ke mana hilangnya Durian King TTDI. Hakikatnya, penarikan lesen operasi sebelum ini berlaku akibat salah faham antara pihak berkuasa dan pihak pengurusan. Namun selepas melalui proses rayuan yang panjang dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Segambut, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta sokongan kuat daripada Menteri Pertanian yang memahami peranan besar industri durian terhadap petani tempatan dan rantaian pekerjaan, Durian King TTDI akhirnya diberi lampu hijau untuk beroperasi semula.


ree

Pemiliknya, Erik Ong, meluahkan rasa syukur atas pembukaan semula ini dan menghargai sokongan padu daripada Menteri Wilayah serta Persatuan Penduduk TTDI yang sentiasa berdiri di belakang mereka sehingga usaha ini berjaya direalisasikan. Untuk Erik dan pasukan, ini bukan sekadar buka gerai semula, tapi simbol kepercayaan dan sokongan komuniti yang tak pernah putus.


Bagi yang dah lama rindu, Durian King TTDI kembali dengan apa yang mereka buat paling best. Cendol durian bersaiz besar dengan rasa lemak padu yang pernah jadi kegilaan ramai kini kembali mengubat rindu. Lokasinya juga masih sama, kekal sebagai port lepak santai untuk keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja yang dah jadi tradisi sejak hampir sedekad lalu.


ree

Dari segi kualiti, Durian King TTDI masih mengekalkan standard yang sama. Bekalan durian segar dibawa masuk setiap hari termasuk dari ladang seluas 95 ekar di Rawang yang dikenali sebagai Selangor Fruit Valley. Antara pilihan premium yang ditawarkan termasuk Black Thorn dan Musang King, dengan sokongan berterusan daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menjadikan negeri ini hab pengeluar durian utama negara.


Integriti dan ketelusan juga kekal sebagai DNA Durian King TTDI sejak hari pertama. Setiap kakitangan dilatih untuk jujur dan amanah kerana kepercayaan pelanggan adalah aset paling mahal. Tahun 2025 turut menandakan 10 tahun Durian King TTDI dalam industri, bermula sebagai Event Management sebelum berkembang serius dalam dunia pertanian dan perniagaan durian.


ree

Menariknya, Durian King TTDI juga konsisten menyokong peluang pekerjaan untuk anak muda tempatan. Sejak DBKL memperkenalkan peraturan pada 2020 yang melarang pekerja asing menjual durian, mereka membuka ruang kepada belia tempatan dan lepasan SPM untuk bina kerjaya. Walaupun cabarannya besar, komitmen ini jadi salah satu nilai yang mereka banggakan.


Dalam situasi industri durian yang sedang berdepan lambakan hasil dan kesan banjir terhadap pekebun, pembukaan semula Durian King TTDI turut membawa misi membantu meningkatkan permintaan dan menyokong petani tempatan. Tambahan pula, harga durian ketika ini lebih rendah dan ini masa terbaik untuk pencinta durian menikmati hasil tempatan dengan lebih berbaloi.


ree

Durian King TTDI kini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam, manakala Sabtu, Ahad dan cuti umum dari jam 2 petang hingga 12 tengah malam. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, pelanggan boleh menghubungi 016-274 6474.


Dengan pembukaan semula ini, Durian King TTDI menyasarkan untuk mengembalikan pelanggan setia, menarik wajah baharu dan kekal sebagai destinasi pilihan bagi durian berkualiti pada harga yang berpatutan. Buat yang dah lama tunggu, ini masanya untuk kembali memeriahkan suasana dan menyokong ikon komuniti yang telah bersama warga TTDI sejak 2015.


ree

Support local, support durian berkualiti. Support Durian King TTDI.

Comments


bottom of page