KRU Jadi Gamechangers: Takluk Stadium Hoki Bukit Jalil Dengan Konsert Ke-5 Dalam Setahun
- N

- 6 minutes ago
- 1 min read
Kumpulan legenda KRU sekali lagi membuktikan mengapa mereka digelar gamechangers industri muzik Malaysia apabila kembali ke pentas besar menerusi konsert genKRU The Finale: One More Time yang berlangsung pada 22 November 2025 di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Apa yang menjadikan pencapaian ini luar biasa adalah fakta bahawa ini merupakan konsert kelima KRU dalam tahun 2025, sesuatu yang jarang berlaku dalam penganjuran konsert tempatan.
Empat konsert terdahulu yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil sudah cukup mencatat sejarah, tetapi permintaan peminat yang tidak surut mendorong penganjur, ICON Entertainment, memberikan satu malam epik tambahan.

Menurut Iman dari ICON Entertainment, fenomena KRU tahun ini membuktikan bahawa penganjuran konsert di Malaysia kini mula sejajar dengan trend global.
“Jika kita lihat trend penganjuran konsert global sekarang banyak melebihi satu hari… Trend itu kini mula mengalir dalam penganjuran konsert di Malaysia.”

Beliau menambah bahawa genKRU The Finale: One More Time tercetus kerana permintaan luar biasa peminat yang mahu menyaksikan KRU tampil sekali lagi dalam skala besar.
“Bukan hanya ICON Entertainment, tetapi rakan penganjur lain juga dengan senang hati menambah penganjuran konsert apabila menerima permintaan tinggi."

Dengan dress code 90s, penonton memenuhi Stadium Hoki Bukit Jalil dengan vibes retro sambil disajikan produksi mantap, vokal solid dan koreografi bertenaga seakan mengembalikan zaman kegemilangan KRU.
Konsert turut dimeriahkan oleh barisan artis undangan: Juliana Banos, Elite, Adam AF, Dina Nadzir, Dato Vida, dan Leona, menjadikan malam itu penuh kejutan dan memori.

Penaja rasmi seperti DTC, Era, Sinar, Gegar, Zayan, serta Astro Gempak sebagai rakan digital mengukuhkan lagi penganjuran bertaraf mega ini.









Comments