top of page

UNIQLO UT X POP MART: Koleksi T-Shirt “The Monsters” Menampilkan Labubu & Rakan-Rakan Dilancar Ogos Ini

  • kaypohmedia
  • 4 days ago
  • 1 min read

Peminat fesyen kasual dan koleksi karakter comel pasti teruja! UNIQLO UT mengumumkan kolaborasi terbarunya bersama POP MART, membawakan dunia fantasi “The Monsters” ke dalam rangkaian T-shirt grafik ikonik mereka.


ree

Koleksi ini mengetengahkan watak-watak rekaan artis terkenal dunia Kasing Lung, termasuk karakter paling popular, Labubu, serta rakan-rakannya seperti Zimomo, Tycoco, Mokoko, Spooky dan Pato. Semua watak ini diilustrasikan dalam gaya lakaran tangan dan kolaj berwarna-warni, menyerlahkan sisi nakal dan penuh imaginasi ciptaan Lung.


ree

Sebelum ini, koleksi “The Monsters” pernah dilancarkan dengan jumlah rekaan terhad, tetapi kali ini ia hadir dengan variasi lebih meluas untuk dewasa dan kanak-kanak. Antara pilihan termasuk T-shirt dan sweatshirt dalam warna putih, hitam, kelabu dan merah jambu sesuai untuk gaya santai harian atau dipadankan dengan aksesori streetwear.


Bakal dilancarkan 25 Ogos 2025, koleksi ini akan mula dijual di butik utama UNIQLO di Jepun dan beberapa negara Asia terlebih dahulu, sebelum dilancarkan secara global. Kolaborasi ini menggabungkan budaya seni pop dan koleksi mainan dengan falsafah LifeWear UNIQLO yang ringkas dan selesa membolehkan peminat membawa sebahagian daripada dunia kreatif ini ke dalam gaya mereka.



Jadi, kalau anda peminat Labubu atau pengumpul barangan edisi khas, pastikan tarikh ini ditanda dalam kalendar. Koleksi ini dijangka menjadi buruan, dan seperti biasa siapa cepat, dia dapat!

Commentaires


bottom of page