Unifi TV Comeback Dengan Pek Baru Yang Lagi Fleksibel, Lagi Murah Dan Gen Z Friendly
- Atiqah Halim

- 7 hours ago
- 2 min read

Unifi TV tengah all out dengan rangkaian pek terbaru yang memang straight to the point. Tak ada kontrak, boleh tamat bila bila dan yang penting harga dia cun untuk semua orang. Kalau korang jenis yang suka hiburan tanpa ikatan, inilah masa nak upgrade hidup!

Pek Wira
RM21 sebulan waktu promo
Ini antara pek paling padu dalam line up baru Unifi TV. Wira Pack fokus untuk penonton Melayu dan Asia dengan kombinasi saluran premium dan aplikasi penstriman yang relevan untuk keluarga sekarang.
Apa yang kau dapat dalam Pek Wira
• Akses ke app Vidio
• Akses ke SIAR
• 36 saluran premium
• Kandungan Asia yang trending macam drama, filem dan rancangan keluarga
• Pilihan kandungan popular dari platform seperti SIAR, Dimsum Asia, Sooka Shots dan macam macam lagi
Senang cerita, satu pek tapi vibe dia complete untuk satu rumah.

Pek Build Your Own
RM16 sebulan semasa promo
Untuk yang suka customise ikut mood, pek ni memang kena dengan jiwa. Korang pilih sendiri apa yang korang nak.
• Pilih 1 aplikasi penstriman Asia
• Pilih 5 saluran premium
• Percuma 16 saluran asas
Konsep dia simple
Korang tak perlu bayar untuk benda yang korang tak tengok. Korang pilih, Unifi bagi.
Kandungan Yang Tengah Panas
Dalam poster promo pun Unifi siap tunjuk beberapa pilihan series yang tengah laku keras
• Mendadak Dangdut
• What’s Up Secretary Kim
• Jalinan Terlarang
• Asmara Genz
• Sukan dari siaran premium seperti Super League
Pendek kata, campuran drama, komedi, aksi dan reality semua ada. Tinggal korang pilih ikut hari mood.
Eksklusif Untuk Pelanggan Unifi
Pelanggan Unifi juga boleh tebus akses 30 hari untuk cuba semua saluran dan 15 aplikasi penstriman. Yes, semua sekali. Kalau korang nak test drive dulu sebelum komit, ini peluang dia.
Unifi TV sekarang bukan macam dulu. Dia jauh lebih fleksibel, lebih murah dan lebih senang nak mula. Sesuai untuk keluarga, sesuai untuk Gen Z yang suka binge, dan sesuai untuk sesiapa yang tak suka terikat.
Nak tengok pek yang lebih lanjut boleh terus ke laman mereka di unifi.com.my









Comments