UNGU 3 Dasawarsa Bakal Gegar Kuala Lumpur
- N

- 3 hours ago
- 1 min read
Kalau anda follow akaun rasmi Instagram @ungu3dasawarsa, mesti perasan sesuatu yang bakal berlaku. Konsert UNGU 3 Dasawarsa Kuala Lumpur kini semakin hampir jadi realiti dan teaser yang dikongsikan memang cukup buat peminat tak senang duduk.

Menerusi beberapa posting terkini, mereka bagi hint ringkas tapi padu, “Something Is Coming…”. Tak ada detail panjang lebar, tapi cukup untuk bagi vibe bahawa sesuatu yang besar sedang dirancang khas untuk Malaysia.
Apa yang dah confirm setakat ini, satu sidang media rasmi akan berlangsung pada 23 April 2026. Ini biasanya petanda jelas yang pengumuman besar bakal dibuat kemungkinan besar melibatkan tarikh konsert, lokasi, dan paling penting… tiket.
Menariknya, Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi “Special Night” untuk tour 3 Dasawarsa ini. Kalau ikut sejarah, memang masuk akal. Sejak awal 2000-an, peminat Malaysia antara yang paling setia dengan UNGU. Setiap kali mereka datang perform, crowd memang all out nyanyi sekali dari mula sampai habis.
Dengan Pasha Ungu masih kekal sebagai wajah utama band ini, ramai dah mula bayangkan suasana konsert nanti. Lagu-lagu seperti Demi Waktu dan Cinta Dalam Hati hampir pasti jadi momen sing-along besar-besaran.
Daripada apa yang dikongsikan di Instagram rasmi itu juga, jelas konsert ini bukan sekadar persembahan biasa. “3 Dasawarsa” membawa maksud 30 tahun perjalanan jadi kita boleh jangka akan ada elemen throwback, emosi, dan mungkin juga kejutan khas untuk peminat setia.
Jadi kalau anda salah seorang yang membesar dengan lagu UNGU, mungkin dah boleh mula bersedia dari sekarang. Sebab bila announcement keluar nanti… biasanya tak sempat fikir lama, terus kena grab tiket.



Comments